Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sper.ma] | سڤرما

Definisi : (Bio) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sper.ma] | سڤرما

Definisi : benih yg dikeluarkan oleh orang lelaki atau oleh binatang jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sperma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protoplasmic droplettitis protoplasmaVeterinarPraklinikalResidu sitoplasma sperma yang gagal disingkirkan semasa perubahan kematangan dalam epididimis. Wujudnya titis protoplasma pada sperma menandakan proses kematangan dalam epididimis tidak lengkap. Kedudukan titis protoplasma pada sperma menunjukkan tahap ketidakmatangan sperma. Sperma yang mempunyai titis protoplasma berhampiran kepala tidak matang berbanding sperma yang mempunyai titis protoplasma di bahagian tengah; badan atau ekor. Sperma bertitis protoplasma dapat dilihat pada jantan yang terlebih guna untuk pengawanan atau pengumpulan semen.
oocyte-sperm fusionpergabungan oosit-spermaVeterinarPraklinikalProses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum; berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dan nukleus ovum bergabung semasa proses singami; iaitu persenyawaan dianggap selesai. Sinonim pergabungan oosit-sperma.
sperm characteristicciri spermaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenunjuk aras kualiti sperma. Antara ciri sperma yang dinilai ialah nisbah hidup kepada mati serta keabnormalan pada bahagian kepala, bahagian pertengahan, dan/atau bahagian ekor.
fertilizationpersenyawaanVeterinarPraklinikalProses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum; berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dan nukleus ovum bergabung semasa proses singami; iaitu persenyawaan dianggap selesai. Sinonim pergabungan oosit-sperma.
azoospermiaazoospermiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang menghasilkan semen, tetapi tidak mempunyai sperma. Azoospermia dikaitkan dengan tahap kesuburan yang sangat rendah atau kemandulan. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh masalah pengeluaran sperma atau saluran sperma tersumbat yang menghalang sperma sampai ke destinasinya.
pronucleuspronukleusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanNukleus sel ovum dan sperma yang terbentuk selepas sperma memasuki ovum, tetapi sebelum berlakunya penggabungan bahan genetik antara ovum dengan sperma.
fertilisationpersenyawaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum, berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dengan nukleus ovum akan bergabung dan proses persenyawaan dianggap selesai.
acrosomal reactiontindak balas akrosomBiologiHistologi dan SitologiTindak balas yang berlaku apabila sperma bertemu dengan ovum dan membran luar akrosom berpadu dengan membran kepala sperma di beberapa tempat untuk membentuk liang-liang perembes enzim di dalam akrosom yang dipercayai memudahkan kemasukan sperma ke dalam ovum dan menyebabkan struktur sperma berubah.
sex cellsel seksVeterinarPraklinikalSel yang terdiri daripada sperma pada jantan dan ovum pada betina. Sperma dihasilkan dalam tubul seminiferus yang terdapat pada testis atau gonad jantan melalui spermatogenesis. Ovum pula terkandung dalam folikel pada ovari atau gonad betina. Ovum dibebaskan daripada folikel Graafian semasa pengovulatan. Apabila berlaku persenyawaan; iaitu penyatuan antara sperma dan ovum; zigot akan terhasil.
spermspermaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet pembiakan jantan yang dihasilkan di testis. Sperma mengandungi sebahagian bahan genetik dan terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk organisma baharu.
12345678910...

Kembali ke atas