Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : (spésifik) khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah-istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat) spesifik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : /spésifik/ khusus utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; tertentu: Kajian ini akan dilakukan dlm dua peringkat, satu secara umum dan satu lagi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesifik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud spesifik? tolong terangkanMakna spesifik ialah (spésifik) khas, khusus dan tertentu.Makna02.01.2013
Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih.Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. Tatabahasa25.02.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih.Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat.Ejaan04.06.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih.Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat.Ejaan03.06.2018
saya ingin tahu golongan kata secara spesifik untk pkataan-pkataan ini. -berbanding, berhampiran, saya juga ingin tahu adakah semua kata kerja awalan di- merupakan kata kerja pasif?

Golongan kata bagi perkataan tersebut ialah kata terbitan. Lazimnya kata kerja awalan di- menunjukkan kata kerja pasif.

 

Tatabahasa20.02.2011
Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja;
Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba;
Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;
Tatabahasa28.02.2012
1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih.

Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku.

Makna15.04.2009
Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.


Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.

Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.
Tatabahasa04.10.2013
KAMI DALAM PELAKSANAAN 5S, SETIAP SEKTOR TELAH DINAMAKAN MENGIKUT NAMA BUNGA. BAGI SEKTOR SAYA, NAMA SAINS/SPESIFIK BAGI BUNGA KERTAS IAITU "BOUGAINVILLEA" DIBERIKAN. SAYA HENDAK PASTIKAN EJAAN YANG BETUL DALAM BAHASA MELAYU "BOUNGAINVILLA" ATAU "BOUGAINVILLA". OLEH KERANA ATAS KEGUNAAN RASMI, SAYA POHON MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT TUAN. TERIMA KASIHBerdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, bougainvillaea diberikan padanan sebagai bunga kertas dan tidak dieja sebagai "BOUNGAINVILLA" ATAU "BOUGAINVILLA dalam bahasa Melayu. Oleh itu, sekiranya saudara hendak menggunakan nama tersebut, ejaan yang betul dalam bahasa Inggeris ialah bougainvillaea.Istilah10.03.2010
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
1234567

Kembali ke atas