Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : (spésifik) khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah-istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat) spesifik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : /spésifik/ khusus utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; tertentu: Kajian ini akan dilakukan dlm dua peringkat, satu secara umum dan satu lagi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesifik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
specific heathaba spesifikSainsHidrometeorologiKapasiti haba suatu sistem per unit jisim, iaitu, nisbah antara haba yang diserap (atau dilepaskan) oleh unit jisim sistem terhadap kenaikan (atau jatuhan) suhu yang bersepadanan. Jika nisbah ini berubah mengikut suhu, ia mestilah ditakrifkan sebagai hasil bahagi pembeza dQ/dT; dQ ialah kenaikan infinitesimal haba per unit jisim dan dT kenaikan infinitesimal suhu. Bagi gas, proses termodinamik mesti ditentukan, dan dua haba spesifik ditakrifkan sebagai suatu haba spesifik dalam proses tekanan malar; RUJUK MUKASURAT 41 dan yang satu lagi haba spesifik dalam proses isi padu malar. Dalam gas sempurna, kedua-dua haba spesifik adalah, mengikut takrif, malar mengikut suhu, dan perbezaan haba spesifik pada tekanan malar dan haba spesifik pada isi padu malar adalah sama dengan pemalar gas; R = cp - cv. Bagi udara kering, cp = 1.004 x 107 erg/gm darjah = 0.240 cal/gm darjah dan, cv = 0.717 x 107 erg/gm darjah = 0.171 kal/gm darjah Bagi udara lengas, nilai-nilai tersebut mesti didarabkan dengan (1 + 0.90q) bagi haba spesifik dalam proses tekanan malar dan (1 + 1.20q) bagi kelembapan spesifik. Perbezaan antara nilai-nilai tersebut dan haba spesifik air yang bernilai besar (1.000 kal/gm darjah) sangat bererti dalam meteorologi.
specific yieldhasil spesifikHidrogeologiTiadaNisbah isi padu air batuan atau tanih setelah tepu, yang dikeluarkan oleh pengaruh graviti terhadap isi padu batuan atau tanih itu sendiri. Nisbah ini dinyatakan sebagai peratusan (Meinzer). Definisi ini membayangkan yang saliran graviti adalah sempurna. Nisbah ini sama dengan keliangan setelah dikurangkan penahanan spesifik (berlawanan dengan �penahanan spesifik�). (Tak berdimensi) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: koefisien saliran, koefisien pengawa-airan, keliangan saliran efektif
specific dischargeluah spesifikHidrogeologiTiadaKadar luah air tanah per unit luas diukur tegak lurus pada arah aliran. (USGS). (Dimensi: LT-1) Cat.: Luah spesifik kadang-kadang pernah disebut halaju pukal atau halaju darcy. Tetapi istilah ini adalah satu istilah yang tepat dan lebih baik dari istilah yang melibatkan �halaju� kerana ia tidak akan menimbulkan kekeliruan dengan halaju sebenar melalui liang apabila istilah yang memerihalkannya tidak sering diulang. Ruj.: Hubbert 1940 Sin.: fluks spesifik, halaju luah
acute nonspecific dermatitisdermatitis tak spesifik akutPerubatanTiadaRadang kulit tak spesifik yang akut
saturation specific humiditykelembapan spesifik ketepuanSainsHidrometeorologiFungsi termodinamik keadaan jirim yang juga merupakan nilai kelembapan spesifik udara tepu pada suhu dan tekanan tertentu.
buoyancykeapunganMeteorologiMeteorologi PerhubunganKebolehan objek mengapung pada permukaan cecair atau naik dengan sendirinya, dan terampai dalam bendalir termampatkan, seperti atmosfera. Secara kuantitatif keapungan boleh dinyatakan sebagai perbandingan antara gerat spesifik bendalir dengan berat spesifik objek, atau sebagai berat bendalir yang tersesar tolak berat objek.
specific growth ratekadar pertumbuhan spesifikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKadar bagi fasa pertumbuhan eksponen sel mikroorganisma yang diungkapkan sebagai dengan mmaks = kadar pertumbuhan spesifik maksimum, Ks = pemalar Michaelis, Cs = kepekatan substrat terhad.
specific adhesionperekatan spesifikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerekatan yang terhasil akibat daya valens yang bertindak antara perekat dengan bahan yang hendak dilekatkan. Perekatan spesifik lebih mudah berlaku pada permukaan yang rata dan licin.
specific-capacity testuji kapasiti spesifikHidrogeologiTiadaUjian yang selalunya dibuat oleh penggerudi perigi air dengan cara pemampaan atau mengeluarkan air, untuk mengukur surutan yang terhasil dan menghitung keupayaan spesifik.
specific energy of hydraulictenaga spesifik hidraulikKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga cecair yang mengalir di dalam saluran terbuka yang dijelaskan dalam unit turus sebagai E = d + u2 / 2g, dengan E = tenaga spesifik hidraulik, d = kedalaman bendalir, u = halaju purata, g = pecutan graviti.
12345678910...

Kembali ke atas