Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spi.ri.tual] | سڤيريتوال

Definisi : berkaitan dgn atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah: kegiatan pembangunan ~ juga akan diteruskan bagi memastikan artis menjadi golongan yg dihormati; pembangunan yg berimbang antara aspek material dgn aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spiritual


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
spiritualberkaitan dgn atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah: kegiatan pembangunan ~ juga akan diteruskan bagi memastikan artis menjadi golongan yg dihormati; pembangunan yg berimbang antara aspek material dgn aspek ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
spirituilIB spiritual.Kamus Dewan Edisi Keempat
platoniksemata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bkn hubungan persahabatan atau kasih sayang): hubungan ~ antara Hafiz dgn Zakiah adalah inti novel Langit Petang; apakah yg menarik tentang cinta ~?Kamus Dewan Edisi Keempat
sepadusebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjunjung1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai;Kamus Dewan Edisi Keempat
junjungkayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli.Kamus Dewan Edisi Keempat
padu1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas