Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yg ditunjukkan dgn angka, perangkaan; 2. cabang ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn sesuatu yg didasarkan kpd bukti-bukti dlm bentuk angka atau bilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka; perangkaan. 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata statistik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah mengumpul dan

menganalisis maklumat. Kaedah statistik membantu

manusia mengenal pasti, mengkaji, dan

menyelesaikan banyak masalah. Kaedah ini

membolehkan manusia membuat keputusan yang

baik apabila berdepan dengan situasi yang tidak

menentu.

UMUM 
STATISTIK PENTING

Statistik penting ialah satu rekod peristiwa

paling asas bagi manusia, termasuklah butiran

kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan

kematian. Statistik penting bagi menunjukkan

perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah

negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat

setempat.

UMUM 
MOD

Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana

kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya,

seorang budak mengira telur dalam 77 sarang

burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai

sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang

mempunyai dua biji telur, lima sarang

mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang

mempunyai empat biji telur. Sarang yang

mempunyai dua biji telur ialah yang paling

banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau

nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah

nombor purata yang digunakan dalam bidang

statistik.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
MEDIAN

Median dalam statistik ialah angka tengah bagi

sekumpulan nombor yang diatur mengikut susunan

berangka.

UMUM 
EKONOMETRIK

Ekonometrik ialah cabang ekonomi yang

menggunakan aplikasi matematik dan statistik

dalam teori ekonomi. Perniagaan dan kerajaan

menggunakan ekonometrik untuk menganalisis

dan meramal aktiviti ekonomi.

UMUM 
SYMONS, GEORGE JAMES

Symons, George James (1838–1900), ahli

meteorologi British yang memulakan pengumpulan

statistik hujan pada tahun 1860. Penyelidikannya

menyediakan data kepada jurutera yang terlibat

dalam pembinaan kerja bekalan air dan kerja

pembetungan. Symons lahir di London dan

mendapat pendidikan di Royal School of Mines. Dia

menjadi Setiausaha Royal Meteorological Society

selama 23 tahun dan dua kali menjadi presidennya.

UMUM 
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
THURSTONE, LOUIS LEON

Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli

psikologi Amerika, memainkan peranan utama

dalam perkembangan ujian psikologi. Satu

daripada kejayaannya yang penting ialah

penciptaan kaedah statistik yang membolehkan

pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang

seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan

menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian

kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa

kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan

yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan

mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh

ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University

of Chicago pada tahun 1917.

UMUM 
12

Kembali ke atas