Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.tus] | ستاتوس

Definisi : taraf atau kedudukan (negara, orang, dll): guru-guru mestilah mengenal pasti matlamat kurikulum tidak formal yg boleh memberi kesan kpd ~ dan pencapaian pelajar; berstatus mempunyai atau ada status: pengunjung pusat spa terdiri drpd golongan ~ tinggi yg ingin mendapatkan kesegaran mental dan fizikal; berstatuskan mempunyai sesuatu sbg status: bangunan itu dibina di atas tanah yg masih ~ tanah pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
status
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :taraf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMNESTI

Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi

jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti

mengembalikan semula status perundangan

pesalah kepada status perundangan mereka yang

asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut.

UMUM 
KAUM BANGSAWAN

Kaum bangsawan merupakan golongan yang

dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam

masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas

dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan

ia membawa gelaran seperti duke atau earl.

UMUM 
PAISLEY, IAN

Paisley, Ian (1926– ) ialah menteri Presbyterian

Ireland Utara yang terkenal kerana sokongan kuatnya

terhadap status Ireland Utara sebagai sebuah

provinsi United Kingdom (lihat Parti-parti Unionist).

UMUM 
DATUK BANDAR

Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada pengerusi majlis borough

tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan

tempatan yang telah dikurniakan status borough

oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELANAU

ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan.

 

BUDAYAKonsep
SEGOVIA, ANDRÉS

Segovia, Andrés (1893–1987) ialah pemain gitar

klasik tahun 1900-an yang paling berpengaruh.

Segovia telah membantu memantapkan teknik

moden bermain gitar dan bertanggungjawab

meningkatkan status gitar sebagai alat solo dalam

muzik klasik.

UMUM 
PERJANJIAN GUADALUPE HIDALGO

Perjanjian Guadalupe Hidalgo. Amerika

Syarikat dan Mexico menandatangani perjanjian

pada 2 Februari 1948 yang secara rasminya

menamatkan Perang Mexico (1846–1848) yang

berlaku kerana pertikaian terhadap status Mexico

dan wilayah-wilayah lain. Perundingan perjanjian ini

berlangsung di Villa de Guadalupe Hidalgo, pekan

kecil yang kini sebahagian daripada Mexico City.

UMUM 
PERANG KRIMEA

Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara

tentera Rusia dengan tentera Berikat dari

Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki),

Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama

perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea,

sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine,

tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat

Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan

tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam

Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun,

sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih

kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom

mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau

Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau

itu.

UMUM 
DASAR BAHASA

Dasar bahasa, keputusan yang dibuat oleh sesuatu pihak yang berkuasa terutama kerajaan, terhadap taraf (status) atau fungsi bahasa atau sesuatu bahasa dalam sesebuah negara, atau masyarakat ataupun di sesebuah institusi atau pertubuhan.

BAHASAKonsep
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan
12

Kembali ke atas