KAPAL STIM KAYUH | Kapal stim kayuh ialah kapal stim yang digerakkan oleh roda kayuh. Kapal stim yang pertama ialah sebuah vesel kecil yang mempunyai roda kayuh di sisinya dan menggunakan enjin stim. | UMUM | |
ENJIN STIM | Enjin stim ialah sebarang enjin yang beroperasi menggunakan tenaga daripada stim yang mengembang. Stim mungkin digunakan untuk menolak omboh yang akan memutarkan roda lokomotif berkuasa tinggi ataupun digunakan untuk memutar turbin besar yang akan menggerakkan penjana elektrik dan kapal laut yang besar. Enjin stim turut digunakan dalam pam besar, penghentak cerucuk, dan pelbagai jenis mesin berkuasa tinggi lain. | UMUM | |
STIM | Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas. Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada 100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan pada gas putih yang keluar daripada serombong kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih dikenali sebagai stim panas lampau. | UMUM | |
DANDANG | Dandang ialah bekas logam untuk memanaskan cecair hingga berubah menjadi wap. Kebanyakan dandang memanaskan air menjadi stim wap. Stim digunakan untuk memanaskan suhu bangunan. | UMUM | |
SAVANNAH | Savannah ialah kapal stim pertama yang merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei 1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20 Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar digunakan pada waktu yang selebihnya. Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan). | UMUM | |
STANLEY BERSAUDARA | Stanley bersaudara ialah pereka dan pengilang rakyat Amerika yang mencipta enjin stim Stanley, salah satu kereta berkuasa stim paling terkenal. Mereka berdua ialah saudara kembar. | UMUM | |
NEWCOMEN, THOMAS | Newcomen, Thomas (1663–1729) ialah pereka Inggeris, yang mencipta enjin stim yang pertama secara komersial dengan jayanya pada tahun 1712. Enjin stimnya digunakan dengan meluas di Eropah dan di seluruh wilayah perlombongan batu arang Great Britain untuk mengeluarkan air dari lombong. Enjin stim ini terus popular selama lebih daripada 60 tahun sehingga jurutera Scotland, James Watt menghasilkan enjin stim yang telah banyak diperbaik. | UMUM | |
PARSONS, SIR CHARLES | Parsons, Sir Charles (1854–1931), jurutera British yang mereka enjin turbin stim dan membina kapal stim berkuasa turbin yang pertama iaitu Turbinia, pada tahun 1897. | UMUM | |
SEKAT WAP | Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin petrol apabila sebahagian daripada petrol mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin yang panas berlebihan boleh menyebabkan pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini mengurangkan amaun minyak yang dipam ke enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan betul, atau terhenti sehingga petrol yang diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair. Sekat wap paling kerap berlaku semasa pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba selepas dipandu dengan teruk. | UMUM | |
NASMYTH, JAMES | Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka mesin pengetam dan mesin pembentuk alat. Nasmyth lahir di Edinburgh, anak kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun 1829, dia menjadi pembantu kepada Henry Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas. Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim. Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan masanya dengan belajar astronomi. | UMUM | |