steam | stim | Kimia | Tiada | Wap air yang terbentuk pada 100°C. Stim digunakan untuk menghasilkan hidrogen dalam proses stim-gas hidrokarbon, dalam proses stim-gas air, dalam proses stim-ferum dan dalam proses stim-metanol. Stim juga digunakan dalam pemecahan berstim minyak gas dan nafta, dalam pemprosesan makanan, dan dalam pemvulkanan getah. |
spray line | paip sembur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Paip yang mempunyai lubang halus yang tersusun pada jarak tertentu dan disambungkan terus dari punca stim. Stim tersebut boleh disemburkan ke ruang dalam tanur pengering untuk mengawal aras kelembapan bandingan udara. |
steam distillation | penyulingan stim | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree. |
regenerative cycle | kitar jana semula | Kejuruteraan | Tiada | Kitar stim apabila stim ditarik daripada turbin di satu atau lebih peringkat, dan digunakan untuk memanaskan air suapan. Sinonim: litar penjujuhan. |
quadruple-expansion engine | enjin pengembangan ganda empat | Kejuruteraan | Tiada | Enjin stim yang stim dikembangkan secara berturut-turut dalam empat buah silinder yang saiznya semakin besar, dan semuanya bekerja pada aci engkol yang sama. [KM] |
live steam | stim langsung | Kejuruteraan | Tiada | Stim yang masuk ke silinder, sebagai lawan kepada stim yang keluar. |
live steam | stim segar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Stim yang diperoleh terus dari dandang dan masih segar. Stim ini digunakan dalam proses penstiman kayu di dalam tanur pengering. |
quadruple expansion | pengembangan ganda empat | Kejuruteraan | Tiada | Proses pengembangan stim dalam enjin stim yang melalui empat silinder bersiri. |
steam rig | rig stim | Kejuruteraan | Petroleum | Jenis rig penggerudian berputar yang menggunakan enjin stim sebagai daya penggerak utamanya. Stim bertekanan tinggi yang diperlukan oleh enjin berkenaan diperoleh dari loji pendandang yang diletakkan berdekatan dengan rig berkenaan. |
steam distillation | penyulingan stim | Kimia | Tiada | Penyulingan secara melalukan stim menerusi campuran pepejal atau cecair mudah meruap untuk mengasingkan bahan tersebut daripada bahan yang tidak meruap. Penyulingan stim lazimnya digunakan di dalam industri minyak wangi untuk mengasingkan minyak pati daripada bunga-bungaan, daun-daunan dan kulit kayu, dan di dalam makmal untuk penulenan dan untuk menganggarkan jisim molekul cecair atau pepejal. |