Salam 1Malaysia, 1. Maksud bilik prep (di asrama)? 2. Beda frasa STOK PENGHABISAN atau PENGHABISAN STOK? 3. Kata PENGISYTIHARAN --> mengisytiharkan (/) Kata PERISYTIHARAN --> berisytiharkan (X) Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1. Tidak ada ‘bilik prep’ dalam bahasa Melayu. ‘prep’ ialah singkatan ‘preparatory’. Preparatory room boleh diterjemahkan kepada ‘bilik persediaan’. 2. Stok penghabisan ialah bekalan (biasanya barang yang dijual) yang paling akhir sekali manakala penghabisan stok ialah (biasanya jualan) untuk menghabiskan stok yang ada. 3. Mengikut data DBP, terdapat perkataan pengisytiharkan; mengisytiharkan; perisytiharan; namun tidak terdapat perkataan berisytiharkan. | Tatabahasa | 22.12.2014 |
concentrate the stock clear basic stock | memekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernih | Lain-lain | 26.03.2007 |
Manakah yang betul? Dapatkanlahnya sebelum stok habis atau Dapatkannyalah sebelum stok habis? Setahu saya dapatkanlah diterima sebagai mematuhi hukum nahu BM (dapatkan + -lah untuk memperlembut suruhan) dan dapatkanlah perlu disusuli objek dan dalam kes ini -nya. Namun, sata ada terlihat penggunaan dapatkannyalah juga. Mana yang betul? | Frasa ini lebih berbentuk frasa iklan. Terdapat penggunaan ayat yang berbeza antara frasa bentuk biasa dan bentuk iklan tanpa mengabaikan tatabahasa. Untuk frasa ini lebih tepat sekiranya menggunakan ayat: Dapatkan sebelum stok habis | Tatabahasa | 12.04.2019 |
"Chicken stok", bolehkah ia diterjemah sebagai stok ayam? Stock juga membawa air rebusan. | "Chicken stock" dalam istilah bahasa Melayu ialah "air rebusan ayam" | Istilah | 10.09.2014 |
Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1 | Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 20.12.2011 |
Salam sejahtera, Adakah "titik stok" boleh digunakan bagi terjemahan "stock points"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang titik stok atau stock points dalam pangkalan data kami. Lihat pelbagai terjemahan perkataan stocks dan points mengikut bidang penggunaannya dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=points dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=stocks. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang tepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2015 |
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke? | Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2015 |
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014 | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.01.2015 |
Nurul Amirah Abdul Rahim 26TH, 2:46PM Buku ni masih ada stok, Manuklon oleh Rahmat Haroun | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia | Lain-lain | 26.06.2016 |
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya? | Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.07.2016 |