Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang tertentu di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Teks bahasa Melayu telah disemak. Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. DBP telah banyak membantu menjawab pertanyaan kami sebelum ini. Tetapi pertanyaan kami yang terakhir dijawab hanya sebahagian daripadanya. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat Bahasa membuat semakan dokumen yang tidak melebihi tiga halaman. Walau bagaimanpun kami akan membantumenyemak dokumen puan dalam tempoh dua minggu dan hasil semakan akan di-e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP (24 muka surat/"sheet" dalam format excel). Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Lihat Lampiran. | Tatabahasa | 22.10.2012 |
STOR SIMPANAN BARANGAN ATAU STOR PENYIMPANAN BARANGAN | Perkataan "STOR" sahaja sudah memadai kerana "stor" bermaksud tempat menyimpan barang. | Istilah | 11.02.2015 |
untuk ejaan stor. adakah setor @ stor yang betul? | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 01.08.2013 |
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil. Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang. Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_ | Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 14.05.2014 |
Salam sejahtera. Perkataan "setor" atau perkataan "stor", yang mana satu betul/ Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 25.07.2016 |
Yang manakah ejaan yang betul bagi tempat penyimpanan barang-barang, stor atau setor? | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 08.01.2007 |
Selamat petang tuan. Hari ini saya ingin bertanya mengenai gugus konsonan. Adakah gugus konsonan bermaksud dua atau lebih konsonan yang hadir berturut-turut atau bersama-sama dalam binaan KK(Konsonan+Konsonan)? Contohnya, binaan perkataan "stor" ialah KKVK (adakah binaan "stor" memang KKVK? Tolong semak adakah saya salah atau tidak. Jadi, huruf s dan t dalam kata “stor" ialah gugus konsonan? Harap tuan berikan penjelasan yang selanjutnya. Jasa tuan amat dihargai. Terima kasih! | Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik dan pr dalam protes. Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. | Tatabahasa | 27.06.2014 |