Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stra.té.gi] | ستراتيݢي

Definisi : (stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stra.té.gi] | ستراتيݢي

Definisi : /stratégi/ 1 ilmu siasat perang; ilmu taktik perang. 2 rancangan atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
strategi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan taktik, muslihat, siasah, rancangan, perencanaan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasiIdentiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung.Lain-lain29.07.2007
salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih.1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan.

2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah.
Istilah21.02.2013
Cikgu, frasa “strategi penggalian parit" atau "strategi menggali parit" barulah betul? Saya tak dapat membezakan perbezaan kedua-dua bentuk ini. Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua bentuk frasa ini.Kedua-dua frasa ini betul. Yang membezakannya ialah bagaimana ia digunakan dalam konteks ayat.
Penggalian menunjukkan satu proses menggali
menggali ialah perbuatan menggali sesuatu.
"Strategi Penggalian parit" boleh digunakan sebagai tajuk  rencana atau akhbar atau sebuah kata nama khas.  Contoh:  Kerajaan telah melancarkan strategi penggalian parit yang paling baik di dunia.
"Strategi menggali parit" digunakan dalam ayat yang menunjukkan perbuatan. Contoh: Ketua kampung itu sedang menerangkan strategi menggali parit yang paling berkesan kepada anak-anak buahnya.
Tatabahasa11.05.2014
maksud perkataan strategiAntara maksud strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Makna12.08.2009
Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

strategi kata nama
1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
Contoh penggunaan:
a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

4 bahasa basahan
siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

strategik kata adjektif
1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
Contoh penggunaan:
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
Makna19.09.2023
(a) ...membuat perancangan "berkaitan" strategi syarikat. (b) ...membuat perancangan "yang berkaitan dengan" strategi syarikat. Ayat (a) atau (b) yang betul?Frasa yang betul ialah "membuat perancangan berkaitan strategi syarikat".Tatabahasa21.07.2016
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP?Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939.Lain-lain17.01.2008
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
Saya ingin bertanya. Adakah tajuk "STRATEGI PEMASARAN KONTEN” boleh diguna pakai?Perkataan "konten” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Cadangan tajuk yang boleh digunakan ialah “Strategi Pemasaran Kandungan".Tatabahasa19.03.2024
12345

Kembali ke atas