Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stra.té.gi] | ستراتيݢي

Definisi : (stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stra.té.gi] | ستراتيݢي

Definisi : /stratégi/ 1 ilmu siasat perang; ilmu taktik perang. 2 rancangan atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
strategi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan taktik, muslihat, siasah, rancangan, perencanaan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
realized strategystrategi terealisasiPengurusanPerancanganKombinasi strategi yang terlaksana hasil daripada keputusan yang dicapai melalui strategi munculan dan strategi terhasrat. Strategi terealisasi menggambarkan keberkesanan dan kejayaan keseluruhan strategi yang dilaksanakan oleh pengurusan sesebuah organisasi. Lihat juga strategi munculan, strategi terhasrat.
generic strategystrategi generikPengurusanPerancanganStrategi yang dipilih oleh pengurusan atasan organisasi untuk mencapai kelebihan daya saing dalam skop pasaran pilihannya. Ia merupakan strategi umum yang diguna pakai dalam pelbagai industri dan pasaran. Strategi generik diperkenalkan oleh Michael Porter yang melibatkan strategi kepimpinan kos, strategi pembezaan dan strategi fokus.
collaborative strategystrategi sekongkol; strategi kerjasamaSains PolitikTiadaTiada
collaborative strategystrategi sekongkol/strategi kerjasamaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
strategic mineralgalian strategi/mineral strategiEkonomiTiadaTiada
international strategystrategi antarabangsaPengurusanPerancanganStrategi yang diguna pakai bagi meneroka pasaran perniagaan di negara asing. Strategi ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesebuah organisasi selain pasaran tempatan. Organisasi yang menggunakan pendekatan strategi ini dikenali sebagai perbadanan multinasional. Contoh strategi antarabangsa yang dilakukan adalah melalui eksport dan import, pembukaaan cawangan operasi luar negara dan menjalin usaha sama dengan organisasi luar negara. Lihat juga perbadanan multinasional.
r & k selectionpemilihan r & kBiologiEkologiPemilihan dalam sesuatu populasi yang mengarah sama ada kepada strategi r ataupun strategi k. Lihat juga strategi r & k.
operational strategystrategi operasiPengurusanPerancanganRancangan tindakan yang merangkumi aspek pengoperasian organisasi seperti pengagihan dan penggunaan sumber dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan. Pelaksanaan strategi operasi penting dalam mendukung dan merealisasikan strategi korporat organisasi Contohnya, strategi yang perlu diambil oleh agensi-agensi pelancongan apabila membuat perancangan perbelanjaan berikutan kurangnya bilangan pelancong ekoran gempa bumi di negara jiran. Lihat juga strategi korporat, keputusan operasi.
cooperative strategystrategi bekerjasamaPengurusanPerancanganSuatu strategi pengurusan yang dilakukan oleh dua atau lebih organisasi yang berpakat untuk mencapai matlamat yang sama. Tujuan utama strategi ini adalah untuk mencapai kecekapan operasi, menjimatkan kos perniagaan dan mengurangkan persaingan. Antara skop strategi bekerjasama yang boleh dilakukan adalah dengan berkongsi sumber dan berpakat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan secara bersama-sama. Contohnya, strategi bekerjasama yang dilakukan oleh beberapa syarikat telekomunikasi yang berkongsi kos untuk mendirikan menara pemancar.
functional strategystrategi fungsianPengurusanPerancanganStrategi yang dilaksanakan oleh setiap jabatan mengikut fungsi dalam organisasi seperti jabatan kewangan, jabatan pemasaran, jabatan pengeluaran dan jabatan sumber manusia untuk menyokong strategi dan matlamat perniagaan organisasi. Pengurus yang membentuk strategi fungsian perlu menilai keupayaan dan cabaran yang dihadapi oleh jabatannya untuk memastikan matlamat jabatan tercapai. Contohnya, jabatan pengeluaran harus membentuk strategi berkaitan operasi jabatan untuk mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dengan mengurangkan kadar penolakan produk.
12345678910...

Kembali ke atas