Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Struktur Kalimat Bahasa Melayu Dialek DeliAsiah Taty R.Dewan Bahasa1 December 2000
Struktur Plot Cerita "Tiga Begeri Semawar"Saidi SaidDewan Sastera1 July 2003
Struktur plot dan latar masyarakat Drama Waktu Sesudah ItuAwang AbdullahTunas Cipta1 May 2006
Struktur ayat dalam Misa Melayu cerminan penggunaan bahasa Melayu tinggiAhmad Khair Mohd NorDewan Bahasa1 October 2002
Struktur dan fungsiNik Safiah KarimPelita Bahasa1 May 1992
Struktur bahasa MakasarAbdullah Sani YahayaDewan Bahasa1 November 1987
Struktur pemikiran dalam sajak penulis MPSINaapie MatDewan Sastera1 April 1998
Struktur bentuk yang kuatSumardjo, JakobHorison (Kakilangit)1 April 1998
Struktur frasa kerja yang tidak gramatisAbdul Ghalib YunusPelita Bahasa1 March 1998
Struktur pekerjaan kesannya ke atas ekonomi negaraB.N. GhoshDewan Masyarakat1 January 1994
12345678

Kembali ke atas