Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epiglotisstruktur rawan nipis yg terletak berhampiran dgn pangkal lidah di atas bukaan salur pernafasan, berfungsi menutup salur berkenaan semasa proses menelan supaya makanan tidak termasuk ke dalamnyaKamus Dewan Perdana
ekografikaedah memeriksa struktur atau organ dalaman tubuh dgn menggunakan ultrabunyiKamus Dewan Perdana
epiforapengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dlm rangkap atau ayat yg berturutan utk mendapatkan keindahan bunyi atau ketepatan bahasa, mis rima di akhir baris dlm rangkap syairKamus Dewan Perdana
epiteliumtisu tipis yg membentuk lapisan luar permukaan tubuh dan yg melapisi salur pencernaan dan struktur berongga dlm tubuhKamus Dewan Perdana
endodermalapisan yg paling dalam antara tiga lapisan embrio haiwan, yg berkembang menjadi salur pencernaan, salur pernafasan, paru-paru, dan struktur lain yg berkaitanKamus Dewan Perdana
ekotipkumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sst spesies yg mampu beradaptasi dgn keadaan persekitaran yg berlainan, yg menyebabkan kumpulan tsb berbeza drp yg lain dr segi struktur dan fisiologiKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas