Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajakSecara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi.  Lain-lain01.03.2009
Apakah maksud 'ayat transformasi'? Sila berikan contoh ayat.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa17.09.2008
Apakah maksud Kaedah tatabahasa Transformasi Generatif?Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, halaman 531.Tatabahasa16.02.2009
SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI AYAT TRANSFORMASI, KONSEP AYAT TRANSFORMASI SATU DASAR BERSERTA DENGAN CONTOH AYATNYA SEKALI. TERIMA KASIH.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 531. Tatabahasa25.03.2008
Mohon penjelasan. Apakah perbezaan antara struktur masyarakat dan struktur sosial? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “strukturbermaksud  pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dan  sebagainya) yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai unsur yang mempunyai hubung kait antara satu dengan lain.

Manakala perkataan “masyarakat” membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu). Perkataan “sosial” pula didefinisikan sebagai segala hal yang berkaitan dengan masyarakat (kemasyarakatan).

Berdasarkan keterangan makna tersebut, “struktur masyarakat” bolehlah didefinisikan sebagai pola kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu yang berkaitan antara satu dengan lain.

Struktur sosial” merupakan sebuah hubungan antara individu dengan orang lain (masyarakat) untuk membentuk sebuah norma, nilai, atau peraturan yang ada di dalam suatu masyarakat demi kepentingan bersama.

Untuk kajian yang lebih lanjut, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian.

Makna21.03.2020
Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori PandaKami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan.Tatabahasa07.05.2014
INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN DEFINISI STRUKTUR TIDAK KEKAL STRUKTUR YANG MUDAH UNTUK DIPASANG DAN DI BUKA SEMULA SERTA BOLEH DIUBAH-UBAH LOKASINYA.

Kekal bermaksud dalam keadaan tidak berubah atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu, tidak bersifat sementara dan berterusan.

Berdasarkan makna tersebut, struktur tidak kekal boleh diterjemahkan kepada struktur yang berubah atau tidak tetap pada kedudukan, bersifat sementara dan tidak berterusan.

Makna29.10.2021
struktur ayat yang mana yang betul : 1) kemana-mana sungai, tasik dan laut atau 2) ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Frasa yang betul ialah ke mana-mana sungai, tasik dan laut.Tatabahasa20.03.2013
Apakah beza antara STRUKTUR pekerjaan dan BIDANG pekerjaan?Tidak ada maksud bagi frasa yang tersebut. Ap yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan struktur dan bidang. Struktur bermaksud sesuatu yang dibina atau dibentuk. Bidang pula bermaksud kegiatan yang diceburi.Makna09.10.2015
1. struktur KKT 2. Struktur ayat yang menggunakan imbuhan ber...-kan dan imbuhan ber...an

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya, contohnya: Saya telah menjawab surat itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147.

2. Apitan beR-...-kan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan pelengkap, seperti: Pak Kadok berbajukan kertas. Untuk maklumat lanjut begitu juga maklumat apitan beR-...-an,  rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 199.

Tatabahasa20.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas