Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
STRUKTUR HOMOLOG

Struktur homolog ialah struktur yang

mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk

dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing

laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas

yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga

adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza.

Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi

tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap

burung dan sayap serangga adalah struktur analog.

UMUM 
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
MORFOLOGI

Morfologi ialah satu cabang sains yang

berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan jirim bukan hidup. Morfologi

biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup.

Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian

tentang struktur sel; histologi, kajian tentang

struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur

keseluruhan organisma. Dalam geologi,

morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan.

UMUM 
MONUMEN

Monumen ialah struktur, biasanya bangunan

atau patung, yang dibina untuk memperingati

seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen

Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau

pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan

sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti

istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti

ngarai.

UMUM 
ANATOMI

Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh-

tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit

daripada perkataan Yunani yang bermakna

“membedah”, kerana pengetahuan anatomi buat

pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan

manusia dan haiwan adalah sangat kompleks

sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada

banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur

haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi

mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu

di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan

membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza.

Embriologi ialah kajian tentang perkembangan

tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat

terawalnya.

UMUM 
SUMBER SEISMIKProgram pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi.KEJURUTERAANKaedah
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial bermaksud sebarang

perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat.

Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam

kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan

perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan

kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen,

dan perubahan sementara dalam perkembangan

idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai

perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru

juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau

bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang

dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk

kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan

tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan

sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat

jenis perubahan sosial.

UMUM 
TANDUK

Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di

kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia

bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan

seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop

mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai

ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar,

yang dinamakan tanduk bercabang.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas