Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Struktur penulisan karanganTiadaBerita Harian17.07.1995
Struktur bahasa perlu dikemasTiadaBerita Harian04.12.1996
Struktur Ekonomi Baru Akan MunculAzizah IsmailUtusan Zaman23.02.1992
Struktur plot yang tipikal dalam Misa Taman Jayeng KesumaTiadaBerita Minggu19.08.1979
Struktur yang longgarKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia12.05.1995
Struktur puisiRahman ShaariBacaria18.02.1983
Struktur puisiRahman ShaariBacaria11.02.1983
Struktur plot dalam cerpenTiadaUtusan Zaman24.06.1979
Kepelbagaian struktur ayatSulaiman MasriUtusan Malaysia20.02.1996
Persefahaman struktur sosial wajar diutamaTiadaBerita Harian26.12.1997
1234

Kembali ke atas