Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas; penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tur] | ستروکتور

Definisi : 1 kaedah penyusunan sesuatu (ttg ekonomi, bahasa dsb); susunan. 2 sesuatu yg dibina (dibentuk dsb); bahagian drpd sesuatu binaan dll. 3 pola sesuatu organisasi, badan dsb yg terbentuk drpd pelbagai unsur yg berkaitan antara satu dgn yg lain. berstruktur mempunyai struktur. men­­strukturkan membina atau me­nyusun supaya berbentuk struktur: Or­ganisasi itu distrukturkan semula supaya lebih cekap. penstrukturan perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oral healthkesihatan mulutPerubatanTiadaKesihatan dan fungsi struktur-struktur dalam mulut, termasuk gigi, struktur penopangnya dan struktur berkaitan dengannya.
anterior determinantpenentu anteriorPerubatanTiadaStruktur-struktur di anterior muka, iaitu gigi-gigi maksila dan mandibel, menjadi penentu pergerakan mandibel.
cavum oriskavum mulutPerubatanTiadaRongga mulut dan struktur-struktur berkaitan termasuk pipi, gigi, dan lidah.
oral sepsissepsis mulutPerubatanTiadaKeadaan mulut dan/atau struktur-struktur berhampiran yang telah diinfeksi oleh patogen.
transilluminationtranspencahayaanPerubatanTiadaPancaran sinaran cahaya melalui korona dan struktur-struktur berkaitan untuk mengesan karies, kalkulus, puing atau fraktur.
impacted toothgigi terimpakPerubatanTiadaGigi yang terhalang oleh struktur-struktur lain untuk mengerupt ke posisinya sebenar.
cognitive theoryteori kognitifSosiologiTiadaTeori yang beranggapan bahawa struktur-struktur merupakan hal yang dipelajari atau yang dibiasakan terlebih dahulu.
flyschflyschGeografiTiadaEnapan yang dihasilkan daripada hakisan ke atas struktur - struktur lipatan ternaik yang kemudian tercanggah akibat gerakan orogenik.
flyschflyschGeologiTiadaEnapan yang dihasilkan daripada hakisan ke atas struktur - struktur lipatan ternaik yang kemudian tercanggah akibat gerakan orogenik.
intercalated ductduktus interkalatPerubatanTiadaDuktus yang terletak atau terselit di antara struktur-struktur lain.
12345678910...

Kembali ke atas