Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stu.dio] | ستوديو

Definisi : 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stu.dio] | ستوديو

Definisi : 1 ruang tempat menyiarkan program atau acara radio (televisyen dll). 2 bilik tempat bekerja (bagi pe­lukis, penyanyi dsb). 3 bilik, bangunan dsb tempat pembikinan filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata studio


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.11.2006
studio mini atau mini studioIstilah yang betul ialah studio mini.Istilah29.04.2013
makna perkataan - VIRTUAL STUDIOPadanan bahasa Melayu bagi istilah virtual studio ialah studio maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.02.2023
STUDIO LATIHAN MUZIKTidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Sila masukkan keterangan dan hantar semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain17.06.2015
Minta bantuan ejaan jawi untuk : 1) BUTIK PENGANTIN 2) STUDIO1) BUTIK PENGANTIN = بوتيک ڤڠنتين

2) STUDIO = ستوديو
Lain-lain01.01.2020
Salam, mohon pandangan..adakah frasa 'STUDIO DANDANAN RAMBUT DAN AKADEMIK' boleh digunapakai untuk papan iklan...? Jika tidak mohon cadangan dari pihak tuan....TKCadangan kami ditulis: Akademik dan Studio Dandanan RambutLain-lain14.11.2011
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acaraIstilah06.04.2012
Assalamualaikum encik Dukacita dimaklumkan pada percubaan yang ke 7, kami masih gagal. Pihak DBP masih tegas menyuruh kami menukarkan nama studio kepada butik. Ini adalah penyertaan yang ke -8 beserta keterangan yang baru. "HAJUWA dipilih sebagai nama perniagaan kerana ianya adalah singkatan dan gabungan nama pemiliknya sendiri. Ianya juga dipilih kerana mudah disebut dan dieja, sekaligus memudahkan para pelanggan mengingati nama perniagaan kami. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami menyediakan servis penyewaan studio bagi tujuan penggambaran. Dan pejabar urusan bagi menempatkan pekerja kami membuat kerja pemasaran, pengurusan studio dan sebagainya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak membuat butik di situ. Kami harap penjelasan ini jelas untuk memberitahu bahawa perniagaan kami adalah menyediakan tempat untuk penggambaran (studio) sahaja. " Adakah masih memerlukan perubahan? Sila berikan nasihat bagi meluluskan permintaan kami kerana ianya sangat memakan masa. Terima Kasih.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain30.01.2017
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik" dan "Pusat Tuisyen Studio Linguistik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Sekiranya pusat tuisyen ini mengajar perkara berkaitan bahasa, nama Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik boleh digunakan. Nama "Pusat Tuisyen Studio Linguistik" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Studio" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini dan tidak mempunyai maksud yang jelas.Lain-lain04.09.2013
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik.  

Istilah01.04.2010
12

Kembali ke atas