Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stu.dio] | ستوديو

Definisi : 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stu.dio] | ستوديو

Definisi : 1 ruang tempat menyiarkan program atau acara radio (televisyen dll). 2 bilik tempat bekerja (bagi pe­lukis, penyanyi dsb). 3 bilik, bangunan dsb tempat pembikinan filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata studio


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STUDIO WALTZ DISNEYTempat kegiatan filem di BaratKESENIANInstitusi/Organisasi
STUDIO MERDEKAPengeluar filemKESENIANInstitusi/Organisasi
UNIVERSAL STUDIOTempat aktiviti filem dijalankanKESENIANInstitusi/Organisasi
STUDIO JALAN AMPAS

STUDIO JALAN AMPAS, studio pengeluar filem hitam putih terbesar pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an.  Studio ini terletak di Boon Teck Road, Singapura.  Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek, cabang dari jalan yang lebih besar bernama Balestier Road.  Studio yang berasal daripada sebuah sekolah Cina ini dibeli oleh Shaw Brothers dan diubahsuai menjadi pejabat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SHAW, RUNME

Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem

China yang mengetuai Shaw Brothers

Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio

filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di

Asia Tenggara.

UMUM 
SENIMAN

SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia.  SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor.  SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an.  PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MONET, CLAUDE

Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis

dan pemimpin terkemuka dalam gerakan

impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan

melukiskan tindak balas spontan peribadinya

kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa.

Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar

secara pantas seperti trengkas. Kajian itu

digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar

yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis

yang pertama dan paling penting menggunakan

kesan impresi pemandangan di luar untuk

menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat

tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan

sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut

dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan

dalam La Grenouillere (1869).

UMUM 
H.M. ROHAIZAD

H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi   lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953.

BUDAYATokoh
NASHVILLE

Nashville (pend. 510 784; pend. kaw. met. 985 026)

ialah ibu negeri dan bandar kedua terbesar di

Tennessee, Amerika Syarikat. Nashville biasa

dikenali sebagai Athens Selatan disebabkan ia

mempunyai banyak institusi pendidikan dan

bangunan gaya Yunani klasik. Nashville juga

dikenali sebagai Bandar Muzik, Amerika Syarikat

disebabkan ia menjadi pusat muzik rakyat. Lebih

daripada 180 buah syarikat rakaman, 23 buah

studio rakaman, dan lebih kurang 450 syarikat yang

menerbitkan lagu beroperasi di bandar ini.

UMUM 
SEKOLAH

Sekolah ialah institusi yang menyediakan

pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan

sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh

kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,

menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah

sekolah berlainan daripada sekolah biasa.

Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang

tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,

mendapat pendidikan harian di rumah melalui

radio dan televisyen. Guru mereka berada di

studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.

Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem

radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah

bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk

mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap

sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau

tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan

belajar membaca, menulis, dan mengira.

Bagaimana pula dengan universiti yang menerima

pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?

UMUM 
12

Kembali ke atas