Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.mi] | سوامي

Definisi : orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.mi] | سوامي

Definisi : lelaki yg menjadi teman hidup kpd seseorang wanita secara sah. bersuami sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. bersuamikan berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. mempersuami menjadikan sbg suami: Gadis itu tidak mahu ~ lelaki yg seusia dgnnya. mempersuamikan menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Penggal betik penggallah puan,
     Penggal keduduk dalam kerami;
Tinggal encik tinggallah puan,
     Tinggal duduk dengan suami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terlindung oleh sanggul.

Bermaksud :

Suami yang selalu menurut kata isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Suami BaruRamli Abdul HalimPerempuan1 April 2008
Suami Kepada Tukang JahitWadi Leta S. A.Dewan Sastera1 November 2007
SuamiAdzrinIbu1 February 2003
Suami Saya Tidak MelakukannyaMawar ShafieDewan Sastera1 July 2005
Suami sebuah novel psikologiRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 June 1998
Suami Pergi Anak PergiTiadaUtusan Kiblat1 December 1986
SuamiHafez Al-AlaffMastika1 January 1901
Suami dan IsteriNgah JeyaMastika1 November 1976
Suami dengan IsteriRahmah DaudHiboran22 October 1949
Suami isteri setia dan yang tidak setiaHamsah DahlanMastika1 September 1983
12345678

Kembali ke atas