cerai | 1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ipar | saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri; beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya; beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang peguam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1. tidak bersatu; tidak melekat. 2. sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik perceraian yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai 1. tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2. putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1. membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2. meleraikan orang berkelahi dsb. 3. memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja; ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1. hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2. hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. cerai-berai; bercerai-berai 1. berpisah-pisah tidak keruan; berpecah-belah; porak-peranda. 2. tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikanmenjadikan bercerai-cerai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan. | Kamus Pelajar |
zihar | Ar perbuatan suami melafazkan katakata yg menyamakan salah satu anggota isterinya dgn ibunya atau mahramnya sehingga haram suami tersebut menyetubuhi isterinya dlm keadaan demikian, (si suami wajib membayar kifarat zihar); menziharkan melakukan zihar terhadap isteri: apabila si suami ~ isterinya, maka tercerailah suami isteri itu; Allah tidak menjadikan isteri yg diziharkan itu sbg ibu kamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laki | pasangan hidup kpd seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dgn perkataan suami): ~ bini suami isteri. laki-laki, lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi laki. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian, kelelakian 1 sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2 keberanian; kegagahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menduakan suami | berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunang | bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak berapa jauh dr rumah ~nya; bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri, mempunyai perhubung-an sbg tunang: mereka telah ~; menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. = menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya; menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa saudaranya; mempertunangkan menjadikan bertunang-(an): anaknya dipertunangkan dgn seorang pahlawan; tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; pertunangan perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; penunangan perihal menunang (menunangkan); petunang sl jampi atau mantera yg dikenakan pd bunyi-bunyian utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~ = peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai sasarannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunang I | , = tunangan bakal isteri atau bakal suami bagi seseorang; orang yg sudah mengikat perjanjian utk menjadi suami atau isteri (kpd seseorang). bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri; mempunyai atau ada tunangnya. bertunangan (sudah) terikat oleh janji utk menjadi suami isteri; mempunyai perhubungan sbg tunang: Udi dan Uily baru ~, belum berkahwin lagi. menunang meminta anak gadis supaya menjadi bakal isteri; meminang; melamar. menunangkan menjadikan seseorang bertunang (dgn): Dia tidak mahu ditunangkan dgn gadis itu. mempertunangkan menjadikan bertunangan: Saudara-mara dr kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju utk ~ mereka berdua. pertunangan perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. penunangan perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menziharkan | melakukan zihar terhadap isteri: apabila si suami ~ isterinya, maka tercerailah suami isteri itu; Allah tidak menjadikan isteri yg diziharkan itu sbg ibu kamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |