Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.mi] | سوامي

Definisi : orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.mi] | سوامي

Definisi : lelaki yg menjadi teman hidup kpd seseorang wanita secara sah. bersuami sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. bersuamikan berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. mempersuami menjadikan sbg suami: Gadis itu tidak mahu ~ lelaki yg seusia dgnnya. mempersuamikan menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Penggal betik penggallah puan,
     Penggal keduduk dalam kerami;
Tinggal encik tinggallah puan,
     Tinggal duduk dengan suami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terlindung oleh sanggul.

Bermaksud :

Suami yang selalu menurut kata isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الحقوق الزوجيةhak suami isteriAgama IslamFiqhSuami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab. Hak bersama, bermesra antara keduanya dan lain-lain. Hak suami (tanggungjawab isteri) taat dan lain-lain. Hak isteri (tanggungjawab suami) nafkah dan lain-lain lagi.
التفريق للغيةperceraian sebab ghaibAgama IslamFiqhPerceraian antara suami isteri disebabkan si suami ghaib sama ada dapat dikesan atau tidak.
uxoricidepembunuhan isteriKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh suami atau bekas (mantan) suami terhadap mangsa yang merupakan isteri atau bekas isteri pelaku.
domestic violencekeganasan rumah tanggaKejururawatanTiadaTingkah laku kasar secara fizikal dan/atau psikologi yang berlaku antara suami isteri atau bekas suami isteri.
التفريق الضررperceraian sebab mudaratAgama IslamFiqhPenceraian yang dituntut oleh isteri disebabkan sesuatu kemudaratan yang dilakukan oleh suami ke atasnya. Contohnya, suami melacurkan isterinya.
المظاهرpenzihar (suami)Agama IslamFiqhSuami yang menyamakan isterinya dengan ibu atau muhrimnya.
زوج الغائبsuami ghaibAgama IslamFiqhSuami yang menghilangkan diri daripada isteri yang membolehkan isteri menuntut cerai.
الزوج المفقودsuami hilangAgama IslamFiqhSuami yang hilang yang tidak dapat dikesan sama ada mati atau hidup.
الزوج المعسرsuami papa (nafkah)Agama IslamFiqhSuami yang tidak mampu menanggung nafkah (sara hidup) isterinya.
التفويضmemberi kuasaAgama IslamFiqhPenyerahan kuasa cerai yang diberikan oleh si suami kepada si isteri. Contohnya suami berkata, " Cerailah dirimu sendiri mengikut kehendakmu"
12345678910...

Kembali ke atas