Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laki bini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : laki dan bini bersama-sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kain sehelai berganti-ganti.

Bermaksud :

Suami isteri yang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biang menanti tembuk.Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain sehelai berganti-ganti.Suami isteri yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai aur dengan tebing.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun kasau dengan bubungan.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangguk lerak dengan bingkainya.Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dengan belanga lagi berlaga.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dan periuk lagi berantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Genting menanti putus, biang menanti tembuk.Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas