Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suar] | سوار

Definisi : 1. cahaya lampu (nyala api dll) yg digunakan sbg isyarat; memberi ~ memberi isyarat dgn api; mercu ~ Id rumah api; 2. suluh atau obor yg digunakan utk memikat ikan; bersuar memakai suar, memberi isyarat dgn nyala api (cahaya lampu dll); menyuar menyinari, menyuluhi; ~ ikan memikat ikan dgn suluh, menyuluhi ikan; ~ lebah mengusir lebah dgn suluh utk mendapatkan madunya; tersuar dinyalakan, terpasang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suar] | سوار

Definisi : nyala api (suluh, pelita dsb) yg digunakan sbg isyarat atau utk me­mikat ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUAR

Suar ialah lampu, atau struktur yang mudah

dilihat, yang biasanya terletak pada kedudukan

yang tinggi. Suar terutamanya digunakan untuk

membantu juruterbang atau kapten kapal mencari

laluan yang selamat. Rumah api dan boya pelayaran

merupakan dua jenis suar yang utama bagi kapal.

UMUM 

Kembali ke atas