Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dsb oleh penutur yg tidak dapat dilihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
background voicesuara latarKesenianTiadaSuara iringan.
voice over (vo)suara latarKomunikasiTiadaSuara yang digunakan untuk menyampaikan teks atau dialog dalam sesuatu rancangan yang disiarkan secara visual. Biasanya, perawi yang menyampaikan teks tersebut tidak dapat dilihat terutamanya, dalam rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari. Tetapi kadangkala, perawi tersebut boleh dilihat dalam rancangan yang berbentuk persembahan pentas. Lihat juga: perawi.
choruskorusKesusasteraanPuisiPaduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat.
audio-visualaudiovisualKomunikasiKorporatPeralatan elektronik atau bukan elektronik yang digunakan dalam aktiviti penerbitan bahan promosi dan publisiti. Antara jenis peralatan yang kerap digunakan termasuklan slaid, kaset, cakera padat (CD), atau radio serta suara latar perawi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi mengiringi unsur visual yang diterbitkan. Bahan visual lain yang turut digunakan ialah gambar, model, dan papan putih. Apabila teknologi multimedia diperkenalkan, komputer dan pelbagai jenis perisiannya seperti Photoshop, Ilustrator, dan 3-D diaplikasikan secara meluas. Peralatan ini boleh digunakan untuk memberikan hasil yang sama atau lebih baik daripada teknologi lama. Dalam komukasi korporat, penggunaan alat audiovisual ini sangat biasa digunakan terutama dalam sesi taklimat, mesyuarat, atau pengurusan majlis.
sound bitepetikan suaraKomunikasiTiada1. Bunyi yang terhasil daripada orang yang diwawancara. 2. Segmen bunyi orang yang bercakap yang dirakamkan di dalam pita. 3. Sebarang bunyi yang dirakam di dalam pita, bunyi suara latar atau suara individu dalam rancangan yang telah disunting.
digital storytellingpenceritaan digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah penyampaian kandungan sesuatu tajuk yang menggabungkan video, foto dan grafik digital dengan kaedah penceritaan. Video pendek berdurasi dua ke tiga minit yang mengandungi unsur visual, audio, bunyi, animasi dan suara latar berdasarkan skrip bagi mencipta cerita digital yang menarik. Kaedah penceritaan digital ini boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran.
automatic gain control (AGC)kawalan perolehan automatik (AGC)Teknologi MaklumatTiadaLitar elektronik pada peranti suara seperti perakam pita yang akan mengekalkan paras kekuatan suara dengan meningkatkan atau mengurangkan paras kekuatan suara bergantung kepada kekuatan input suara. Alat ini ada kelemahannya iaitu apabila seseorang berhenti bercakap, alat ini akan menguatkan suara hingar atau latar belakang. Selalunya ahli profesional menggunakan kawalan perolehan manual. Juga dikenali sebagai automatic level control.
sound filmfilem suaraKomunikasiTiadaFilem yang merakamkan gabungan suara pelakon dan bunyi muzik latar melalui proses rakaman.
colla voce (It)dengan suaraKesenianTiadaArahan untuk pemain muzik latar mengiring penyanyi.
mute filmfilem bisuKomunikasiTiadaFilem yang hanya memaparkan lakonan dan maklumat lain secara visual sahaja. Suara pelakon dan maklumat audio yang lain tidak dapat didengari oleh para penonton. Lazimnya, filem ini diiringi dengan muzik latar dan sari kata. Pada asalnya, filem ini dikenali sebagai filem biru.

Kembali ke atas