Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.sa.na] | سواسان

Definisi : 1. sl hawa, udara; 2. keadaan yg melingkungi atau meliputi sesuatu: kesulitan yg menyelubungi ~ hidup mereka akan dapat diatasi; ~ tenang telah berubah; menyuasanai memberi suasana kpd, me­nyelaputi, menyelubungi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.sa.na] | سواسان

Definisi : 1 campuran gas yg meliputi bumi; hawa; udara. 2 keadaan yg wujud di sekitar sesuatu atau dlm lingkungan sesuatu; keadaan yg ada dlm sesuatu peristiwa: ~ yg sunyi senyap itu dipecahkan oleh suara takbir Nikman yg kuat dan nyaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suasana (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: situasi, perihal,

2. Bersinonim dengan iklim: cuaca, suhu, udara,

Kata Terbitan : menyuasanai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Suasana Seni merupakan vendor untuk bank rakyat dimana kami mengeluarkan visual iklan untuk pihak Bank. Visual ini memerlukan pengesahan daripada DBP. Diharap pihak tuan dapat membantu dalam perkara ini.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain12.11.2014
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempetiB. Hiruk-pikuk. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempitaHiruk-pikuk.T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Tuan, Saya ingin mendapatkan nasihat tuan tentang penggunaan frasa yang betul bagi ayat berikut: 1. Suasana di dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 2. Suasana dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 3. Suasana di bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. Terima kasih, tuan.Ayat yang gramatis ialah "Suasana di dalam bilik darjah itu riuh-rendah."Tatabahasa13.06.2013
Salam Saudara Sulaiman, Bolehkah ayat berikut ini digunakan: Alukan tetamu dengan suasana yang mesra. atau Alu-alukan kedatangan tetamu dengan suasana yang mesra. Terimakasih. Cik YanAyat yang betul Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan suasana yang mesra.Tatabahasa04.03.2016
Tuan, 1.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Ali. 2.Doktor meminta nenek mendapat rehat yang baik. 3.Anggota keluarga Ali dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Adakah ayat-ayat tersebut betul?Jika tidak,sila tunjukkan cara membetulkan ayat. Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak tepat daripada pemilihan kata. Ayat yang lebih gramatis:

1. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Ali.
2. Doktor menasihati nenek supaya mendapatkan rehat yang cukup.
3. Anggota keluarga Ali dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni.
Tatabahasa26.04.2018
Apakah perbezaan suasana dan keadaan? Terima Kasih.Suasana ialah hawa, udara atau keadaan yg melingkungi atau meliputi sesuatu. Manakala keadaan pula ialah hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu atau rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat.  T.kasih.Makna14.08.2008
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

1) dikelilingi

2) kata alu-aluan

3) mengengsot-engsot

4) suasana berhimpit-himpit

5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir.

Tatabahasa15.06.2011
'Suasana di dalam bilik itu cerah.' Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?Ayat "suasana di dalam bilik itu cerah" betul.Tatabahasa06.03.2013
Ayat yang manakah betul? 'Dalam suasana kesibukan kota, ' atau ' Dalam kesibukan suasana kota, ' atau apa-apa cadangan lain.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Sehubungan dengan itu, pihak kami tidak dapat memberikan cadangan yang tepat. Mohon tuan/puan memberikan ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat melihat kesesuaian dari segi konteks dan makna yang ingin disampaikan.Lain-lain29.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas