Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.sa.na] | سواسان

Definisi : 1. sl hawa, udara; 2. keadaan yg melingkungi atau meliputi sesuatu: kesulitan yg menyelubungi ~ hidup mereka akan dapat diatasi; ~ tenang telah berubah; menyuasanai memberi suasana kpd, me­nyelaputi, menyelubungi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.sa.na] | سواسان

Definisi : 1 campuran gas yg meliputi bumi; hawa; udara. 2 keadaan yg wujud di sekitar sesuatu atau dlm lingkungan sesuatu; keadaan yg ada dlm sesuatu peristiwa: ~ yg sunyi senyap itu dipecahkan oleh suara takbir Nikman yg kuat dan nyaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suasana (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: situasi, perihal,

2. Bersinonim dengan iklim: cuaca, suhu, udara,

Kata Terbitan : menyuasanai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
group atmospheresuasana kelompok/suasana kumpulanPendidikanTiadaTiada
group atmospheresuasana kelompok/suasana kumpulanSosiologiTiadaTiada
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood.
mood musicmuzik suasanaKomunikasiKorporatMuzik yang digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi dalam persembahan penerbitan. Muzik yang dipilih disesuaikan dengan watak dan keadaan yang sedang berlangsung. Muzik ini boleh wujud dalam pelbagai rentak dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang disesuaikan dengan suasana persembahan. Muzik suasana berfungsi untuk meningkatkan kesan perasaan kepada khalayak terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kempen perhubungan awam, muzik suasana memainkan peranan penting bagi melengkapkan suasana majlis atau persembahan. Pemilihan jenis muzik merupakan strategi yang perlu diberikan perhatian. Jenis muzik yang dipilih boleh melambangkan citra penganjur. Selain itu, penggunaan muzik suasana juga boleh mewujudkan daya ingatan dan tarikan dalam kalangan khalayak yang hadir. Di samping itu, muzik suasana berfungsi untuk menenangkan fikiran dan menjadikan khalayak berasa damai dan lebih selesa.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
grapevinekhabar tak rasmiKomunikasiKorporatProses penyebaran maklumat yang berlaku secara tidak rasmi. Proses ini berlaku dalam pelbagai suasana, sama ada dalam suasana bekerja, santai seperti di bilik rehat, kelab golf, atau acara anjuran organisasi. Komunikasi ini berlaku apabila ahli organisasi mempunyai sesuatu maklumat yang perlu atau tidak sewajarnya dikongsi, tetapi dilakukan sebelum sesuatu kenyataan rasmi mengenainya dibuat. Contohnya, maklumat mengenai kenaikan pangkat seseorang atau penggantian penjawat sesuatu jawatan strategik yang terlebih dahulu tersebat dalam kalangan ahli organisasi. Maklumat ini boleh bersifat benar atau sebaliknya.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.
custom environmentsuasana tak biasaPentadbiran PerniagaanTiadaSuasana bukan tugas rutin.
condition numbernombor suasanaMatematikTiadaSukatan suasana sesebuah matriks yang biasanya ditakrifkan sebagai hasil darab dua norma matriks.
atmosphericsuasanaSejarahTiadaSesuatu tentang atau yang berkaitan dengan perasaan atau emosi atau suasana.
12345678910...

Kembali ke atas