Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub] | سوب

Definisi : awalan asing di bawah (bawahan, baha­gian yg kecil, separuh), mis subinspektor dan subtropika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub] | سوب

Definisi : (dlm kata majmuk bererti) ba­hagian kecil drpd; separuh; di bawah: subtropika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sub-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai perkataan sub-bahagian. 1) Apakah boleh saya menggunkan perkataan sub-bahagian bagi menunjukkan bahagian-bahagaian yang kecil kerana sub bahagian tiada dalam PRPM 2) Bagaimana ejaan yang betul. Adakah "sub bahagian" atau "sub-bahagian" Terima kasihJawapan yang betul ialah subbahagianLain-lain16.02.2023
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya ingin bertanya sama ada ejaan bagi "subkontraktor"@"sub-kontraktor"@"sub kontraktor"? sila bantu saya dengan kadar yang segera! terima kasih PN.MAIZAEjaan yang betul ialah subkontraktor.Ejaan21.06.2007
Tuan / Puan, Saya Adibah dari Putrajaya. Saya ada satu soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Sub Agensi". Sub agensi ini merujuk kepada agensi di bawah sesuatu kementerian. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak DBP kerana sepanjang saya mengajukan soalan, pihak tuan / puan banyak membantu.Ejaan yang betul ialah subagensi.Ejaan02.01.2019
Yang mana satu penggunaan yang sebenar bagi sub ejen atau sub-ejen?Ejaan yang betul ialah subejenEjaan26.02.2018
ejaan 'sub topik' perlu dijarakkan atau tidak?

Ejaan yang betul ialah subtopik.

Ejaan10.09.2011
subtema atau sub temasubtemaEjaan13.07.2011
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014
salam sejahtera. 1.sub agent dalam bahasa Malaysia ialah.......?

sub agent terjemahnnya subejen.

 

Istilah26.04.2011
Perkataan Pillars atau Tonggak banyak digunakan dalam pelan tindakan dan dasar Kerajaan. Namun sekiranya Sub Pillar digunakan, adakah terjemahannya sub tonggak? Pohon juga dimaklumkan ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan, kami mencadangkan perkataan "cabang" digunakan.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2022
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
1234

Kembali ke atas