Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub] | سوب

Definisi : awalan asing di bawah (bawahan, baha­gian yg kecil, separuh), mis subinspektor dan subtropika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub] | سوب

Definisi : (dlm kata majmuk bererti) ba­hagian kecil drpd; separuh; di bawah: subtropika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sub-


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
oksida berasidacidic oxideSebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air.Menengah Atas
formula molekulmolecular formulaFormula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH.Menengah Atas
glukosaglucoseGula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 .Menengah Atas
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
proses Sentuhcontact processProses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran.Menengah Atas
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 .Menengah Atas
sebatian tepusaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6.Menengah Atas
hematithaematiteBijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3.Menengah Atas
propanapropaneHidrokarbon alkana yang wujud dalam gas asli, tak berwarna pada suhu dan tekanan atmosfera. Formulanya, C3H8 .Menengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
12

Kembali ke atas