Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.bang] | سوبڠ

Definisi : sj perhiasan cuping telinga perem­puan yg berbentuk bulat dll; telinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan ge­lang, jari kudung dimasukkan cincin prb canggung sekali; bersubang memakai subang (di telinga); bak gadis baru (jolong) ~ prb orang hina papa atau miskin yg menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan; sung­guh ~ tidak berdara prb wanita yg sungguh­pun berpakaian elok tetapi buruk juga kelaku­annya; menyubang memotong nipis-nipis dan bulat; ~ tebu mengerat-ngerat tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bang] | سوبڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg menjalar), Sphenodesma pentandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bang] | سوبڠ

Definisi : perhiasan cuping telinga pe­rempuan yg bermacam-macam ben­tuk­nya; anting-anting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subang (kata nama)
Bersinonim dengan anting-anting, gelinya, kerabu, gewang.,

Peribahasa

Telinga rabit dipasangi subang.

Bermaksud :

Tidak pada tempat yang selayaknya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul boleh digunakan antara ‘Bandar Raya Subang Jaya’ atau ‘Bandaraya Subang Jaya’ tanpa menggunakan perkataan Majlis pada pangkal perkataan?Ejaan yang betul ialah Bandar Raya Subang Jaya (tanpa kata Majlis di hadapan frasa tersebut).Ejaan31.05.2023
apakah terjemahan yg tepat untuk "earring", "nose ring", "lip ring" and "brow ring"?Cadangan terjemahan yang boleh digunakan bagi:
Earring - Subang 
Nose ring - Subang Hidung
Lip ring - Subang Bibir
Brow ring - Subang Kening
Makna23.04.2021
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG'Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANGMakna19.07.2021
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasihPadanan 1 dan 2 sesuai.
3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya
4.  Pusat Servis Perodua 1 Klang
5.  Pusat Servis Perodua 2 Klang 
Lain-lain24.11.2015
Salam Tuan; Mohon semakan tabahasa untuk keperluan permohonan lesen papan tanda Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sekian. Terima Kasih. Wassalam. Fadhlan 0162572869Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan BANDAR RAYA. Italikkan MBSJ Smart Vibrant atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan NO.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain13.12.2021
SAYA INGIN MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK PAPAN IKLAN SYARIKAT UNTUK DIHANTAR KE MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA. APAKAH PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN TERSEBUT? TERIMA KASIH.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web: dbpsahbahasa. my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Setelah aktifkan akaun, sila log masuk dan buat permohonan seperti di bawah:

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.


Lain-lain28.10.2020
ini untuk 1. signboard 2. side light box kedai roti untuk lesen majlis perbandaran subang jayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain10.11.2016
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ?Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing.Istilah30.05.2010
Selamat sejahtera. Mohon bantuan untuk khidmat Pengesahan Bahasa bagi iklan papantanda syarikat untuk MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya). Terima kasih.Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300.Lain-lain04.04.2018
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
123

Kembali ke atas