Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ci] | سوچي

Definisi : 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat ke­agamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pember­sihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ci] | سوچي

Definisi : 1 bersih (dr segi agama); tidak najis: air ~; makanan ~. 2 (dlm hal yg berkaitan dgn agama) unggul; mulia: ayat ~; kitab ~; tanah ~. 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. 4 bersih drpd segala rupa kejahatan, kekotoran dll: hati yg ~. bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 mem­bersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat. menyucikan 1 membuat sesuatu menjadi suci (dr segi agama). 2 membuat sesuatu menjadi bersih drpd sebarang kekotoran dll. kesucian keadaan suci; kebersihan. persucian hal bersuci. penyucian perbuatan (hal dsb) menyucikan. pe­nyuci apa-apa yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suci (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersih: murni, tidak tercemar, khalis,
Berantonim dengan kotor

2. Bersinonim dengan tidak berdosa: tidak bernoda, kudus, nirmala, safa, sufi, soleh, tahir, murni, putih,
Berantonim dengan bernoda

Kata Terbitan : bersuci, kesucian,

Puisi
 

Hanyut rakit batu tenggelam,
     Minyak ada berbuli-buli;
Matahari sakit bulan demam,
     Itulah tanda dunia tak suci.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENYAPU MINYAK SUCI PADA PESAKIT

Menyapu minyak suci pada pesakit ialah

sakramen atau upacara suci yang diamalkan oleh

penganut Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja

Ortodoks Timur.

UMUM 
KHAMIS SUCI

Khamis Suci yang dikenali juga sebagai Holy

Thursday diraikan pada hari Khamis semasa

Minggu Suci dalam kalendar Kristian.

UMUM 
PERIKATAN SUCI

Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang

ditandatangani di Paris pada bulan September

1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander

I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua

orang penandatangan pertama ialah Francis I,

Maharaja Austria dan Raja Frederick William III

dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah

kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki

menandatangani perikatan itu.

UMUM 
KITAB-KITAB SUCI

Kitab-kitab suci ialah kitab atau perundangan

rabbani (ketuhanan) yang diturunkan oleh Allah

SWT dan disampaikan kepada para nabi dan

rasul-Nya, yang diutuskan kepada semua makhluk-

Nya sebagai wahyu.

UMUM 
LHASA

Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu

negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di

bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin

agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri,

tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun

itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama-

sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet

menentang golongan Komunis China menemui

kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah

tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala

Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan.

UMUM 
ALLAHABAD

Allahabad merupakan salah satu bandar suci di

India, nama tersebut bererti “bandar tuhan”.

UMUMUmum
POKOK BO

Pokok bo ialah pokok suci India. Pokok ini juga

dikenali sebagai pokok bodhi .

UMUM 
NZINGA A NKUWA

Nzinga a Nkuwa ( ? –1506), ialah pemerintah suci

kerajaan Kongo di barat tengah Afrika. Rakyat

percaya bahawa dia ialah Tuhan dalam bentuk

manusia.

UMUM 
BHAGAVAD-GITA

Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci

agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita

bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam

bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-

Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia

telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India

yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.

Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali

sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an

M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah

sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,

puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).

Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi

kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah

ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada

tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.

UMUM 
ARK OF THE COVENANT

Ark of the Covenant ialah peti kayu suci yang

diterangkan dalam kitab Bible sebagai mewakili

kehadiran Tuhan. Ia dinamakan Ark of the

Covenant kerana ia melambangkan waad

(covenant), satu perjanjian khas yang dibuat antara

Bani Israel dengan Tuhan di Gunung Sinai.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas