Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak DBP Niaga telah menghantar buku lain daripada yang dipesan. Apabila menghubungi DBPNiaga untuk maklumkan hal ini melalui pesanan mesej, saya dimaklumkan buku yang pesan akan dikirimkan. Sudah berlalu buku yang dipesan itu masih belum diterima lagi. Peristiwa seumpama ini amat mengewakan saya sebagai pelanggan. Seharus semakan dibuat sebelum buku-buku dihantar kepada pelanggan. Kerana kecualian pegawai DBBNiaga, saya pula menanggung kelewatan dan kesulitan. Harap perkara seumpama ini tidak berlaku. Dalam dunia perniagaan hal seumpama tidak wajar berlaku dan hal ini juga menjejaskan nama baik Dewan.Kami mengambil maklum tentang aduan ini dan akan menambah baik perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman tuan, stok buku yang tuan tempah baru diterima dan proses pengeposan buku tuan akan dilaksanakan segera.Lain-lain12.09.2023
Assalamualaikum. Adakah pihak Tuan sudah mendapat maklum balas daripada pakar bahasa Arab? Tiga bulan sudah berlalu dan dalam tempoh itu saya masih tidak mendapat apa-apa makluman daripada pihak Tuan. Terima kasih.Waalaikumussalam.
Mohon puan mengemukakann sekali lagi soalan yang pernah diajukan sebelum ini untuk kami bantu mendapatkan jawapannya.
Lain-lain23.08.2017
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
Bara api masih lagi menyala walaupun sudah dua jam berlalu. Ayat ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? (maksud "masih" sama dengan "lagi")Ayat tersebut betul. Penggunaan perkataan "masih lagi" betul dalam ayat.Namun, penggunaan salah satu perkataan lebih gramatis kerana penggunaan dua kata tugas dianggap lewah.Tatabahasa04.07.2013
Tuan, saya ingin bertanya frasa : dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata sudah hari kedua. Adakah frasa ini diterima dalam ayat ini? Saya ingin menegaskan bahawa hari berlalu dengan sangat cepat, oleh itu saya guna dalam sekelip mata. Betulkah ayat ini dengan penggunaan dalam sekelip mata? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pihak tuan.Penggunaan ayat "Dalam sekelip mata sudah hari kedua" betul.Tatabahasa09.02.2022
Slm, Minta pihak tuan semak translation ayat di bawah. 1. It's starting to rain. -(Nampaknya hari sudah hujan) 2. A sunshower is a metereological phenomenon in which rain falls while the sun is shining. A sunshower is usually the result of accompanying winds associated with a rainstorm miles away, blowing the airborne raindrops into an area where there are no clouds. Sometimes a sunshower is caused by a single rain cloud that passes overhead at an angle that does not obstruct the light of the sun. (Hujan matahari ialah satu fenomena meteorologi di mana hujan turun ketika matahari bersinar. Hujan matahari biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan.Kadang-kadang hujan matahari disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.) tq1. Nampaknya hari sudah hujan.

2. Hujan panas ialah fenomena meteorologi yang berlaku ketika matahari bersinar. Hujan panas biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan. Adakalanya hujan panas disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.
Penyemakan dan penterjemahan02.09.2015
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021

Kembali ke atas