Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dip] | سوديڤ

Definisi : alat spt sudu (drpd kayu dll) utk mencedok; ~ sepatu sj alat utk memudahkan kaki masuk ke dlm kasut; menyudip mencedok dgn sudip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dip] | سوديڤ

Definisi : ; ~ bekang sj lembing yg matanya lebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dip] | سوديڤ

Definisi : sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dip] | سوديڤ

Definisi : alat yg dibuat drpd bilah atau drpd kayu utk mencedok atau utk menyenduk nasi dll. ~ sepatu alat spt sudu utk memudahkan memasukkan kaki ke dlm kasut. ~ tangan alat bermata lebar dan melengkung yg digunakan utk menggemburkan ta­nah dsb. menyudip mengaut atau menyenduk dgn sudip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan menyudip dan mencedok?Kedua-duanya tidak banyak perbezaan menyudip dari segi maknanya  iaitu mengaut atau menyenduk dgn sudip atau  mengaut atau menyenduk dgn sudip, manakala mencedok mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb) atau mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll)Tatabahasa06.08.2019
Apakah bezanya 'sudu' dan 'camca'. Kalau dikemukakan soalan ; Emak menyuapkan adik bubur itu menggunakan ______ ( A. sudu B. sudip C. camca D. senduk ) Jawapan manakah yang betul? Terima kasih.Sudu dan camca membawa maksud yang sama. Jawapan A dan B boleh diterima. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah29.06.2009
Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah.Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan.  Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua.  Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat.Istilah06.04.2014
Assalamualaikum. 1. Bolehkah perkataan "mensanitasi" digunakan untuk "sanitising", dan "pemperibadian" untuk "personalisation"? 2. Apakah terjemahan/ringkasan untuk DBA ("doing business as") yang lazimnya diletakkan selepas nama sah syarikat dan diikuti oleh nama operasi syarikat berkenaan 3. Apakah padanan tepat untuk "probe" seperti "thermometer probe"? 4. Apakah terjemahan untuk "lowboy freezer" yang selalunya digunakan dalam persekitaran komersial seperti di restoran. Alat ini biasanya diletakkan di bawah kaunter. 5. Bolehkah frasa "Introduction to " diterjemahkan kepada "Pengenalan " tanpa sebarang kata sendi?  6. Selain daripada "sarung tangan", adakah istilah lain yang sesuai untuk "mitt" yang dipakai di dapur untuk mengangkat periuk/kuali panas?  7. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut (dalam konteks penyediaan/keselamatan makanan):     - "holding time"  (kata nama)      - "steamwell/steam table" (kata nama)      - "skim"  (kata kerja)      - "skimmer"  (kata nama)      - "drain rod plunger" (kata nama)      - "polishing shortening"  (kata kerja) (salah satu langkah dalam proses membersihkan "fryer" di restoran

1.      1. Cadangan terjemahan bagi “sanitizing” ialah mensanitasikan, manakala terjemahan bagi personalization pula ialah personalisasi

2.      2. Mohon berikan contoh ayat bagi penggunaan ("doing business as") agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat.

3.      3. Terjemahan yang sesuai bagi “Probe” ialah kuar yang bermaksud Peranti pengukur yang diletakkan di persekitaran yang akan diukur

4.      4. Terjemahan yang sesuai bagi “lowboy freezer” ialah peti penyejuk beku di bawah kaunter

5.      5. Terjemahan yang sesuai bagi “introduction” ialah pengenalan, jika “introduction to” pula bermaksud pengenalan kepada yang perlu digunakan dalam ayat.

6.     6. Terjemahan yang sesuai bagi mitt ialah mit atau  sarung tangan

7.      7. Terjemahan yang sesuai bagi:

  • holding time - masa pegangan
  • steamwell/steam table - bain-marie
  • skim - skim
  • skimmer - sudip berlubang, penyejat, penyiring atau senduk
  • drain rod plunger – Pelocok Rod Saliran
  • polishing shortening – Penggilapan Lemak Sayuran

Makna22.04.2021

Kembali ke atas