Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.du] | سودو

Definisi : 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung, tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yg di bawah sekali); menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu; tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia antiquorum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia nerifolia; ~ itik Kd sj tumbuhan (pokok jenis lembut) yg tumbuh dlm belukar dan boleh dibuat ulam; ~ di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya prb orang cerdik atau pendekar yg tidak dapat ditewaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1 paruh yg lebar spt yg terdapat pd itik (angsa dll). 2 alat spt senduk tetapi lebih kecil (biasanya dibuat drpd logam, tembikar) dan digunakan utk mengaut makanan; camca. 3 = ~ getah alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; pancur. menyudu 1 mematuk atau memagut dgn sudu (ttg itik dll). 2 mengaut atau mencedok dgn sudu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudu (kata nama)
1. Bersinonim dengan camca

2. Bersinonim dengan paruh: muncung

Kata Terbitan : menyudu,

Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk sudu garpu,dan senduk?Penjodoh bilangan bagi sudu, garfu dan senduk ialah sebatang. Jika sudu dan garfu, penjodoh bilangannya ialah sepasang.Lain-lain09.08.2010
Apakah bezanya 'sudu' dan 'camca'. Kalau dikemukakan soalan ; Emak menyuapkan adik bubur itu menggunakan ______ ( A. sudu B. sudip C. camca D. senduk ) Jawapan manakah yang betul? Terima kasih.Sudu dan camca membawa maksud yang sama. Jawapan A dan B boleh diterima. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah29.06.2009
Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah02.08.2023
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan.Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama:

...seperti roti, pisau, sudu dan cawan.
Tatabahasa01.04.2014
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
Adakah ayat ini betul ? Sudu ini satu."Sudu ini satu." Contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa18.09.2023
Adakah peribahasa lebih sudu dari kuah tiada dalam istilah bahasa Melayu. terima kasih.Ungkapan "lebih sudu dari kuah" digunakan masyarakat Melayu untuk menyindir sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang. Ungkapan tersebut juga boleh dikatakan sebagai peribahasa kerana peribahasa menggunakan bait-bait perkataan yang menarik.Tatabahasa27.12.2013
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima?Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi  "Ali menyertai acara meniup belon".Tatabahasa23.06.2011
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda

Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih.Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna.Ejaan05.07.2011
123

Kembali ke atas