Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.du] | سودو

Definisi : 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung, tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yg di bawah sekali); menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu; tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia antiquorum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia nerifolia; ~ itik Kd sj tumbuhan (pokok jenis lembut) yg tumbuh dlm belukar dan boleh dibuat ulam; ~ di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya prb orang cerdik atau pendekar yg tidak dapat ditewaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1 paruh yg lebar spt yg terdapat pd itik (angsa dll). 2 alat spt senduk tetapi lebih kecil (biasanya dibuat drpd logam, tembikar) dan digunakan utk mengaut makanan; camca. 3 = ~ getah alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; pancur. menyudu 1 mematuk atau memagut dgn sudu (ttg itik dll). 2 mengaut atau mencedok dgn sudu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudu (kata nama)
1. Bersinonim dengan camca

2. Bersinonim dengan paruh: muncung

Kata Terbitan : menyudu,

Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dessert spoonsudu sedang/sudu desertPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Keris Sudu BekangKeris Sudu BekangKerisTiadaKeris yang mempunyai mala yang berbentuk seperti sudip.
marrow spoonsudu pengorekPerikananTiadaSudu panjang dan tipis yang boleh menembusi perut ikan yang mati bagi tujuan membuang isi kandungan perut. Sudu pengorek biasanya digunakan oleh pemancing untuk mengetahui jenis makanan yang dimakan oleh sesuatu ikan.
salad serversudu garpu saladPentadbiran PerniagaanTiadaSudu dan garpu yang digunakan khas semasa menikmati salad.
spoon excavatorpengekskavat suduPergigianTiadaAlat tangan pergigian yang mempunyai bilah berbentuk sudu yang digunakan untuk membuang karies pada permukaan atau lantai kaviti dan mengukir amalgam atau pola lilin. Bilahnya melengkung dan mempunyai hujung pemotong berbentuk bulat atau seperti kuku. Ia terdapat dalam pelbagai saiz yang digunakan mengikut saiz kaviti dan pelbagai bentuk sudut yang digunakan mengikut kedudukan kaviti.
silverwaresudu garpu; barang-barang perakGeografiTiadaTiada
silverwaresudu garpu; barang-barang perakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
silverwaresudu garpu; barang-barang perakSosiologiTiadaTiada
tablespoonsudu besarPerubatanTiadaTiada
cochlearesuduPerubatanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas