Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dut] | سودوت

Definisi : 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dut] | سودوت

Definisi : 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,


Puisi
 

Nyiur kapas di sudut rumah,
     Bunga ke mana dilonggokkan;
Abanglah lepas dari rumah,
     Adiklah gila dimabukkan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Langit dapat dilukis,
     sudut kambut diserayakan.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
salientadj 1. (of an angle) menonjol: the ~ angles of a polygon, sudut-sudut poligon yg menonjol; 2. outstanding, important, menonjol, penting:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
angle 1 n 1. (geom) sudut: acute ~, sudut tirus; obtuse ~, sudut cakah; right ~, sudut tegak; an ~ of 60 degrees, sudut 60 darjah; 2. corner (as of building, stone) sudut, penjuru; 3. sharp projection, bucu: the carpenter planed the ~s of a piece of wood, tukang kayu mengetam bucu-bucu kayu; 4. position, direction, etc from which st is presented to view, sudut: the shot was taken from an unusual ~, gambar itu diambil dr suatu sudut yg luar biasa; ~ shot, gambar sudut; camera ~, sudut kamera; high ~ shot, gambar dongak; low ~ shot, gambar junam; 5. standpoint, aspect, sudut (pandangan): to consider a problem from all ~s, mempertimbangkan sst masalah dr segala sudut pandangan; 6. (sl) scheme, muslihat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trianglen 1. (geom) segi tiga: the angles of a ~ total 180o, sudut-sudut segi tiga berjumlah 180o;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begvi 1. ask for alms, charity, meminta sedekah, mengemis: he ~s at street corners, dia meminta sedekah di sudut-sudut jalan; 2. ask earnestly, meminta-minta, meminta /sangat-sangat, sungguh-sungguh/: the children ~ged to be allowed to go, kanak-kanak itu meminta-minta supaya dibenarkan ikut sama; 3. plead humbly, merayu: the man was on his knees, ~ging to be released, orang itu bertelut sambil merayu agar dibebaskan; 4. (in certain formal expressions) mohon (izin): I ~ to announce that..., saya mohon izin utk mengumumkan bahawa... or saya mohon mengumumkan bahawa...; I ~ to differ, saya mohon berlainan pendapat or saya mohon utk mengatakan bahawa saya tdk bersetuju; I ~ to inform you that..., saya mohon utk memaklumkan bahawa...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
standpoint 2. viewpoint, sudut pandangan: his ~ is opposed to mine, sudut pandangannya berbeza drpd sudut pandangan saya; if you look at the problem from the farmer’s ~, jika kamu lihat masalah itu dr sudut pandangan petani itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cornern 1. point, place where two sides meet, sudut, penjuru, bucu: a square has four ~s, segi empat tepat mempunyai empat sudut; in a ~ of the room, di suatu sudut bilik itu; there was a speck of dust in the ~ of her eye, ada habuk melekat di sudut matanya; 2. bend, selekoh (jalan): a sharp ~, selekoh tajam; the car disappeared around the ~, kereta itu menghilang di selekoh jalan; 3. nook, ceruk, pelosok: the money was hidden in odd ~s of the house, wang itu tersorok di ceruk sana ceruk sini rumah itu; people came from all ~s of the country, orang datang dr setiap pelosok tanah air; 4. also corner – kick, tendangan /penjuru, sudut/; 5. also corner – hit, pukulan sudut; 6. (econ) monopoli pasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
point of viewn 1. view point,sudut pandangan: there’s bound to be different points of view on the matter, sudah tentu ada sudut pandangan yg berbeza-beza ttg perkara itu; try to look at it from their ~, cuba lihat perkara itu dr sudut pandangan mereka; 2. aspect of a situation, segi, sudut, aspek: we’ll study the problem from the financial ~, kami akan mengkaji masalah itu dr segi kewangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cornerways, cornerwiseadv diagonally, ikut /penjuru, sudut/: turn in the page ~, lipat halaman ikut sudut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vantage-point2. viewpoint, sudut pandangan: from the ~ of the environmentalists, the Gulf war was a great disaster, dr sudut pandangan pakar-pakar alam sekitar, perang Teluk merupakan malapetaka yg dahsyat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nationallyadv 1. from a national point of view, dr sudut kepentingan kebangsaan: the question must be considered ~, persoalan itu mesti dipertimbangkan dr sudut kepentingan kebangsaan; 2. on a national scale, di seluruh negara: a ~ known economist, seorang ahli ekonomi yg terkenal di seluruh negara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas