Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.gul] | سوݢول

Definisi : masyghul, (berasa) dukacita, susah hati; kesugulan kemasyghulan, perasaan duka­cita, kesusahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gul] | سوݢول

Definisi : berasa susah hati; berasa dukacita: Cikgu Mariam kelihatan ~ kerana murid-muridnya kerap ponteng sekolah. kesugulan keadaan sugul; kesusahan hati: Seluruh negeri Melaka mengalami ~ yg amat sangat kerana kematian Lak­samana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sugul
Rujuk :masyghul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yg banyak. 2.Rahmat kelihatan sugul apabila memikirkan tugasannya yg banyak. Ayat 1 atau 2 yg paling tepat..Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yang banyak. Bingung bermaksud tidak tahu apa yang hendak dibuat.Tatabahasa17.03.2014
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =)

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya.

2. Digantung sekolah

Tatabahasa16.07.2011
Apakah perbezaan di antara "Sejak" dengan "Semenjak"?Sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai dan dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak/semenjak kematian ibunya.Tatabahasa24.03.2014
Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). 

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut:


baru

kata adjektif

1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya.

2  ....

9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan.

kata bantu
10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka.

12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku.


baharu 

kata adjektif

1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.

2 ....

8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar.

kata bantu

9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka.

10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk.

Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya.
Makna12.01.2024

Kembali ke atas