Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.hu] | سوهو

Definisi : panas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dll); ~ bilik suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20C. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.hu] | سوهو

Definisi : darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda (badan, hawa dsb): ~ badannya 100oF. ~ bilik suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20oC. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suhu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUHU PELEBURAN POLIMERSuhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
SIFAR MUTLAKSifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan
molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah
mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains
adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai,
bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan
sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara
suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas
kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya
berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia
akan menjadi sifar pada –273.15°C.
UMUMKonsep
SUHU

Suhu ialah betapa panas atau sejuknya sesuatu

yang diukur pada skala tertentu. Konsep suhu

berkaitan rapat dengan aliran haba di antara dua

objek berkaitan yang berbeza suhunya. Haba

sentiasa bergerak dari objek yang lebih panas

kepada objek yang lebih sejuk.

UMUM 
PIROMETRI

Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia

biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi

untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur

tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan

haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon

Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil

berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat

dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu

dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang

tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur

untuk mengukur kesan haba.

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
PULAU HABA BANDARPeningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan suhu di kawasan sekitarnya (luar bandar). Perbezaan suhu amat jelas pada waktu malam dengan perbezaan dalam lingkungan 6° hingga 12°C.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
TERMOMETER

Termometer ialah alat yang mengukur suhu

gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu

bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan

kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh

berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer

mengukur satu daripada perubahan ini dan

biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai

nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai

suhu dengan menggunakan skala suhu yang

sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit,

Celsius, dan Kelvin.

UMUM 
INDEKS KELEMBAPAN SUHU UMUM 
SUHU GENTING

Suhu genting lihat Gas (Kelakuan gas).

UMUM 
SUHU BADAN

Suhu badan ialah ukuran haba dalam badan

haiwan. Badan haiwan mengeluarkan haba melalui

pembakaran makanan.Tetapi haiwan juga

kehilangan haba ke persekitarannya atau mendapat

haba dari persekitarannya.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas