Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. a number of people attending an important person, pengiring, pembantu; 5. (mus) suit. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. set of rooms in hotel, suite; 2. matching set of furniture, set: a rattan dining-room ~, set rotan bilik makan; 3. set of items intended to be used together, set: the new bathroom ~ is a horrible colour!, set bilik mandi yg baru itu teruk warnanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suite


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima KasihDalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada suit seperti Suit Perancis.Istilah06.08.2012
Adakah terjemahan berikut betul? Serviced Suites = Suite Berservis

Padanan bagi serviced suite ialah “suite servis”.

Istilah21.01.2015
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu yang betul untuk 'suite' dalam contoh berikut: A suite of collaboration softwares. (Suit/Set perisian kerjasama). Terima kasih.Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah "suite" ialah suit.Istilah26.11.2015
Salam, Kami ingin bertanya samada perkataan berikut merupakan sebahagian dari bahasa kebangsaan. 1. Suite 2. Residensi 3. Kondominium Terima kasih

1.    SUITE

Unit penginapan di hotel yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur. (Kamus Dewan Perdana)

 

2.    RESIDENSI

Perkataan Residensi hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.

3.    KONDOMINIUM

Bangunan pangsapuri yang se­tiap pangsapurinya dimiliki secara perse­orangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Penyemakan dan penterjemahan04.06.2020
Saya ingin mendapatkan beberapa istilah perhotelan seperti: 1. En-Suite 2.Premier Deluxe Room 3.Budget twin 4. Check-out 5. Mud cottage Terima KasihDalam data rujukan kami terdapat beberapa istilah yang belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus.

Hanya perkataan berikut mempunyai padanan bahasa Melayu seperti yang berikut;

1. Premier Deluxe Room = Bilik Mewah Utama

4. Check out = Daftar Keluar


Bagi istilah yang tiada dalam data kami, mohon pihak puan kemukakan konsep dan cadangan bahasa Melayu daripada puan supaya kami boleh mencadangkan istilah yang sesuai.
Penyemakan dan penterjemahan17.03.2015
Salam Tuan, Saya ingin bertanya adakah perkataan berikut termasuk sebagai bahasa kebangsaaan. Perkataan-perkataan ini adalah untuk digunakan sebagai sebahagian dari cadangan nama pembangunan. 1. Suite 2. Residensi 3. Kondominium Bersama ini kami lampirkan permohonan cadangan nama pembangunan yang telah kami hantar kepada pihak berkuasa tempatan untuk rujukan pihak Tuan. Terima Kasih Faiz AJC Planning Consultants Sdn BhdDalam data kami, istilah-istilah yang dinyatakan membawa maksud seperti yang berikut:

1) Suite: Unit penginapan di hotel yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur. (Kamus Dewan Perdana)
2) Residensi: hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.
3) Kondominium: Bangunan pangsapuri yang se­tiap pangsapurinya dimiliki secara perse­orangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Istilah04.06.2020
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013

Kembali ke atas