Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.jud] | سوجود

Definisi : Ar 1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dlm sembahyang dll: perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan drpd seorang hamba kpd Allah; 2. = sembah ~ memberi hormat dgn bertelut sambil me­nundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; 3. ki menghormati akan, patuh kpd: habis, dia tak ~ pd agama Islam sebelum mati? ~ sahwi sujud sebanyak dua kali yg sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan spt mem­baca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat; bersujud melakukan sujud: ingin ia cepat­-cepat ~ menyembah di hadapannya; tersujud duduk membongkok spt bersujud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.jud] | سوجود

Definisi : 1 berlutut serta mencecahkan dahi ke lantai (spt ketika orang ber­sembahyang). 2 = sembah ~ memberi hormat kpd raja dll dgn bertelut serta menundukkan kepala ke tanah: Walaupun engkau ~ kpdku, aku tidak akan memaafkan kesalahanmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sujud


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Di Sujud-sujud TerakhirKemalaDewan Sastera1 February 2000
SujudSiti Suraya Abdul HalimDewan Siswa1 June 2007
Sujud di UhudMaya BruneiBAHANA1 April 2008
Sujud Di Permukaan AirImlan AdabiPerisa: jurnal puisi Melayu, jil.3,19951 January 1995
SujudAbdullah A. MKarya1 May 1998
SujudZahramaDewan Masyarakat15 November 1978
SujudZurairi HanipDewan Agama & Falsafah1 June 2004
"Sujud" karya Hassan YusoffA. Latiff MohidinDewan Masyarakat1 July 1965
SujudBisri, Mustofa AHorison1 February 1994
Sujud, 5Naapie MatDewan Sastera1 June 1992
123

Kembali ke atas