Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kan] | سوکن

Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, be­renang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk penjelasan industri sukan, Sukan Kanu atau Sukan Kenu?. "a" atau "e"Ejaan yang betul ialah “sukan kanu”.Ejaan20.04.2023
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum iniSekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.Istilah27.11.2015
apakah yang dimaksudkan kepuasan kerja dalam sukan,budaya kerja dalam sukan,subordinat dalam sukan dan formalisasi dalam sukan.

Sila rujuk artikel majalah dibawah. Terima kasih

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN TERBITAN

Atlit Malaysia dan pengurusan sukan | W. R. Jitto | Dewan Budaya | 01/05/1998

Cabaran meningkatkan industri sukan | | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Industri sukan berpotensi luas (diwawancara oleh Amin Shakib) | Khoo Kay Kim | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Ke mana haluan industri sukan? | Amin Shakib | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Perancangan sukan | Shahar Ashari | Dewan Siswa | 01/04/1990

Profesionalisme dalam sukan | Azmi Khairi Zainin | Dewan Masyarakat | 01/10/1994

Profesionalisme penyelamat industri sukan | Afiq Nuradli | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Sukan dan pembangunan negara | Kushel Singh | Dewan Siswa | 01/05/1998

Lain-lain20.07.2008
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh.Istilah16.05.2018
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih

Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut:

(1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: 
     
Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya....

(2) Penggunaan umum dalam ayat:

Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. 


Ejaan19.09.2023
Adakah maksud prasarana sukan sama dengan infrastruktur sukan?Maksud prasarana sukan sama dengan infrastruktur sukan.Makna19.12.2019
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023
Salam. Frasa manakah yang betul: "Kebaikan sukan kepada negara", "Kebaikan sukan terhadap negara". Pada pendapat saya, "Kebaikan sukan terhadap negara" betul kerana "negara" menjadi penyambut "kebaikan sukan". Contoh lain yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah frasa "Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya" yang serupa dengan frasa "Kebaikan sukan terhadap negara". "Kebaikan sukan kepada negara" salah kerana "kepada" patut didahului oleh kata kerja. Adakah analisis ini betul? Terima kasih.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. Kata sendi nama “terhadap” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Kata sendi “kepada” pula ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Tatabahasa27.01.2022
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya?1. Ali memakai baju sukan.
2. Ali memakai kasut sukan.
Ali memakai baju sukan dan kasut sukan.
Tatabahasa04.08.2015
Salam sejahtera. Saya ingin tanya, frasa yang manakah betul? "mini sukan tahunan" atau "sukan mini tahunan" atau "sukan tahunan mini" yang betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "sukan mini tahunan".Tatabahasa09.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas