Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inscrutableadj sukar dibaca; (of remark etc) sukar /difahami, dimengerti/: he listened with an ~ look on his face, dia mendengar dgn air muka yg sukar dibaca; nature’s ~ law, hukum alam yg sukar difahami; an ~ smile, senyuman yg sukar difahami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sticky2. (colloq) awkward, difficult, sukar; (of question) sukar dijawab: their marriage has hit a ~ patch, perkahwinan mereka menghadapi detik-detik yg sukar; the journalists asked him a number of ~ questions concerning the government’s attitude to these refugees, para wartawan menanyainya beberapa soalan yg sukar dijawab ttg sikap kerajaan thdp orang pelarian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drudgeryn kerja yg sukar dan membosankan; the ~ of, sukar dan membosankan: she hates the ~ of household chores, dia benci akan kerja-kerja rumah yg sukar dan membosankan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
difficultadj 1. not easy, hard, sukar, susah, payah; (of problem, question) susah, sukar, rumit: they found it ~ to maintain their position, mereka mendapati sukar utk mengekalkan kedudukan mereka; 2. full of hardship, susah, rumit: a ~ life, kehidupan yg susah; 3. (of person) hard to deal with, cerewet; (foll by infin) susah, sukar: a ~ customer, pelanggan yg cerewet; shop assistants found her ~ to please, pembantu kedai mendapati susah utk melayannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elusiveadj 1. difficult to capture, sukar ditangkap: an ~ thief, pencuri yg sukar ditangkap; 2. evasive, mengelak-elak: an ~ answer, jawapan yg mengelak-elak; 3. difficult to understand,remember, find, etc, sukar + approp v: an ~ person, orang yg sukar ditemui; an ~ word, perkataan yg sukar diingat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tough5. difficult, hard, (begitu) /susah, sukar/: life was ~ for the peasants, hidup begitu sukar bagi kaum petani; the firm has been going through a ~ time, syarikat itu telah melalui zaman sukar; the examination paper was ~, soalan kertas peperiksaan itu susah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hard6. difficult, sukar, susah: these sums are too ~ for primary school pupils, kira-kira ini terlalu sukar utk murid-murid sekolah rendah; it’s ~ for us to imagine such poverty, sukar bagi kita utk membayangkan kemiskinan spt itu; a ~ life, kehidupan yg susah; ~ times, masa susah; 7. (of voice) keras; 8. (of colour) garang; 9. (of ray) keras: ~ cosmic ray, sinar kosmos keras; 10. (rel to weather) teruk: a ~ winter, musim sejuk yg teruk; 11. high in alcoholic content, keras: ~ liquor, arak yg keras; 12. (of water, soap) liat; 13. indisputable, tdk boleh disangkal: ~ facts, fakta yg tdk boleh disangkal; 14. (of currency, money) utama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obscureadj 1. (not easily understood) sukar difahami; (not clear in meaning) kabur: ~ points of metaphysics, butir-butir metafizik yg sukar difahami; a piece of prose written in an ~ style, prosa yg ditulis dgn gaya yg sukar difahami; the poem is difficult and ~, sajak itu kabur dan sukar difahami; the meaning of the passage is still ~ to me, bagi saya, makna teks itu masih kabur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intractableadj 1. not docile, hard to influence or control, sukar dipengaruhi; (attrib) keras kepala: on that particular issue, Sarah was ~, ttg persoalan itu, Sarah sukar dipengaruhi; an ~ boy, budak yg keras kepala; 2. difficult to solve, deal with, cure, treat, a. (of problem, issue, etc) sukar diselesaikan; b. (of illness) sukar /diubati, disembuhkan/; c. (of temper) sukar dikawal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavy~ going, difficult, laborious, sukar (utk) + approp v: the driver found it ~ going to get through to the main road, pemandu itu mendapati sukar utk sampai ke jalan besar; children will find this book ~ going, kanak-kanak akan merasakan bahawa buku ini sukar dibaca; ~ industry, industri berat; a ~ sigh, mengeluh panjang; a ~ sleeper, orang yg tidur /mati, nyenyak/; a ~ /smoker, drinker/, kaki /rokok, minum/; ~ with, sarat dgn: the branches were ~ with ripe fruits, dahan-dahan sarat dgn buah-buah yg masak; ~ with /child, young/, sarat; ~ with sleep, mengantuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas