Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
termasuk, api-api putih (Avicennia alba) api-api bulu (A. lanata) api-api jambu (A. marina) dan api-api ludat (A. officinalis). Gubal kayu api-api berwarna kelabu keunguan, dan sukar dibeza- kan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini kasar dengan ira yang lurus dan kadangkala bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 560 kg/m 3 hingga 785 kg/m 3 , dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini sukar diker- jakan dan tidak tahan, tetapi mudah dikeringkan dan digunakan sebagai kayu api, dan dalam pembuatan papan panel serta perabot. (HUT) apiary (apiari) Kumpulan sarang lebah, atau bekas untuk menyimpan

Kembali ke atas