Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : (sukaréla) = dgn (secara) ~ dgn kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dgn rela hati: mereka dgn ~ mem­bantu petani-petani; pekerja ~ pekerja yg tidak digaji atau diupah; bersukarela dgn sukarela (melakukan se­suatu): mereka telah ~ membuat karangan bunga utk diletakkan di tugu peringatan perang; kesukarelaan sikap sukarela: sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : /sukaréla/ tidak dipaksa-pak­sa; atas kemahuan sendiri; secara rela hati: Kami sanggup bekerja dgn ~. bersukarela melakukan sesuatu dgn sukarela: Mereka telah ~ membersihkan kawasan masjid itu. sukarelawan orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. sukarelawati orang pe­rem­puan yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukarela (adverba)
Bersinonim dengan dengan rela hati, dengan kehendak sendiri.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "is voluntary"? Adakah "adalah secara sukarela" atau "ialah secara sukarela" sesuai? Contoh ayat: Using DBP is voluntary Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "is voluntary" ialah "adalah secara sukarela"Penyemakan dan penterjemahan03.07.2017
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2022
Seminar Semangat Sukarela Seminar SukarelawanSeminar Semangat SukarelaTatabahasa28.03.2008
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014
Apakah perbezaaan perkataan sukarela dan kesukarelawan?

Mengikut Kamus Dewan Perdana, maksud sukarela ialah dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa atau dibayar.

Tiada perkataan kesukarelawan seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir, iaitu kesukarelawanan yang bermaksud segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan sukarelawan.

Contoh Ayat:

1.  Liew menjadi jurulatih secara sukarela.

2. Semangat kesukarelawanan sudah mendarah daging dalam dirinya.

Makna12.01.2023
Dalam teks BM: nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya Dalam teks BI: the names and any other particulars as required by the Registrar of every Voluntary Fire Officer appointed and every Voluntary Fire Brigade registered and their fire cover Apakah padanan perkataan yang sesuai bagi 'fire cover'? Adakah 'kawasan jagaan' perkataan yang tepat dalam konteks peruntukan ini?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

fire cover - kawasan jagaan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.01.2022
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009
    adakah kaedah tertentu untuk memastikan satu-satu istilah tertentu itu ditulis satu perkataan atau dua perkataan? contoh, "rumah tangga" ditulis dua perkataan yang berasingan manakala "sukarela" ditulis satu perkataan.kata majmuk yang mengandungi kata dasarnya dua perkataan, dan telah dianggap mantap dan utuh dieja dengan satu perkataan iaitu berlakunya pengecualian, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, hlm 132. Begitu juga dalam kes yang saudara nyatakan, sukarela adalah perkataan yang telah mantap dan utuh dan wajib dieja satu perkataan.Makna30.11.2007
    Syarikat kami akan menubuhkan persatuan yg dipanggil 'Social Coorperate Responsibility) yg mana persatuan ini berfungsi sbg Persatuan Sukarela/Committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan sebagai contohnya: orang kurang upaya, orang-orang tua, anak-anak yatim dsbnya. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik DBP untuk mencadangkan MOTTO yang berunsur murni untuk persatuan ini. Tolong cadangkan beberapa Motto dalam Bahasa English dan Bahasa Malaysia. Terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa, DBP dan akan berusaha membantu masalah bahasa/peristilahan yang dihadapi. Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan yang digunakan.Lain-lain05.08.2008
    Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini.Makna22.02.2019
    1234567

    Kembali ke atas