Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : (sukaréla) = dgn (secara) ~ dgn kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dgn rela hati: mereka dgn ~ mem­bantu petani-petani; pekerja ~ pekerja yg tidak digaji atau diupah; bersukarela dgn sukarela (melakukan se­suatu): mereka telah ~ membuat karangan bunga utk diletakkan di tugu peringatan perang; kesukarelaan sikap sukarela: sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la] | سوکاريلا

Definisi : /sukaréla/ tidak dipaksa-pak­sa; atas kemahuan sendiri; secara rela hati: Kami sanggup bekerja dgn ~. bersukarela melakukan sesuatu dgn sukarela: Mereka telah ~ membersihkan kawasan masjid itu. sukarelawan orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. sukarelawati orang pe­rem­puan yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukarela (adverba)
Bersinonim dengan dengan rela hati, dengan kehendak sendiri.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN SUKARELA

PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri.

BUDAYAPersatuan
MINUTEMAN

Minuteman adalah pasukan sukarela yang

bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih

menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum

berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini

dikenali sebagai minuteman kerana mereka

bersedia bertindak pada bila-bila masa.

UMUM 
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
ANZAC

Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand,

adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New

Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di

Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan

ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera

berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam

pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April

1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera

Australia dan New Zealand memperoleh reputasi

kerana keberanian dan kemahiran berjuang

menentang tentera Turki di semenanjung itu.

UMUM 
ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES,Academy of Motion Picture Arts and Sciences,

pertubuhan sukarela. Akademi ini

ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika

Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang

terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan

pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah

membangunkan seni dan sains wayang gambar,

mewujudkan kerjasama dalam industri demi

kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan

dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian

cemerlang dalam industri ini dengan anugerah

tahunan.

UMUM 
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA)

Young Men’s Christian Association

(YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah

pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang

terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh

25 juta ahli dari lebih 90 buah negara.

UMUM 
REICHSWEHR

Reichswehr ialah istilah Jerman untuk tentera

negara . Pada tahun 1919, Republik Jerman

menubuhkan Reichswehr, daripada unit sukarela

yang dikenali sebagai Free Corps .

UMUM 
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
123

Kembali ke atas