Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : (sukarélawan) orang lelaki yg melakukan sesuatu dgn sukarela: ~ yg ingin memberikan khidmat mereka kpd golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu; kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dsb) yg berkaitan dgn sukarelawan: semangat ~ sudah mendarah daging dlm dirinya; majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukarelawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza ayat berikut? ; 1) konvensyen kebangsaan sukarelawan 2) kovensyen sukarelawan kebangsaan Yang manakah paling tepat penggunaan??Frasa yang betul ialah konvensyen sukarelawan kebangsaan.Tatabahasa11.10.2016
salam sejahtera, adakah pihak DBP mempunyai aktiviti atau program yang memerlukan penglibatan seperti guru. contohnya ziarah bahasa atau sebagainya. adakah pihak DBP memerlukan sukarelawan? jika ada bagaimana untuk mendaftar kerana saya berminatsalam puan budiman,

Sukarelawan DBP

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana berminat untuk menjadi sukarelawan DBP.

Untuk makluman puan, pada masa ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka belum memerlukan perkhidmatan sukarelawan. Walau bagaimanapun, pihak kami mungkin memerlukan bantuan tersebut untuk penganjuran aktiviti/program pada masa akan datang.

Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk memberikan maklumat seperti di bawah, bagi tujuan dokumentasi:

Nama:
Alamat:
pekerjaan:
No. telefon:
Alamat E-mel:

Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Lain-lain19.02.2020
1. Ali mengucapkan terima kasih (dan/sambil/lalu) membayar wang kepada tukang paip. 2. Ahli sukarelawan itu menulis laporan (serta/dan) memulangkan peralatan. soalan: kata hubung manakah yang boleh digunakan dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih...Dari segi tatabahasa, kedua-dua kata hubung "dan" dan "sambil" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. (Ali mengucapkan terima kasih sambil membayar wang kepada tukang paip./Ali mengucapkan terima kasih dan membayar wang kepada tukang paip.) Kedua-dua kata hubung "dan" dan "serta" juga boleh digunakan dalam ayat kedua.(Ahli sukarelawan itu menulis laporan serta memulangkan peralatan./Ahli sukarelawan itu menulis laporan dan memulangkan peralatan.)Tatabahasa19.04.2012
Seminar Semangat Sukarela Seminar SukarelawanSeminar Semangat SukarelaTatabahasa28.03.2008
pepatah melayu yang berkaitan dengan sukarelawan.Soalan tidak jelas.Lain-lain22.07.2010
Apakah tepat penggunaan ayat berikut; Konvensyen kebangsaan sukarelawan IPT

Menurut data kami, ayat tersebut betul.
Lain-lain10.10.2016
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul bagi kata dasar aktiviti berkaitan sukarelawan? Kesukarelawanan atau kesukarelaan? Contoh ayat adalah "Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan/Kesukarelaan bagi Program..." Terima kasih atas pencerahan.Cadangan penggunaan yang betul ialah Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan Program xxxx. Tatabahasa10.09.2019
Bagaimanakah cara yang betul apabila kita menghantar surat cadangan/proposal kepada sesuatu kementerian untuk mendapatkan mesin fogging bagi persatuan sukarelawan.Surat rasmi perlu mengikut format yang betul dan ditulis dalam bahasa Melayu yang jelas dan betul.Lain-lain19.11.2008
Tuan, Laman web Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://ekamus.dbp.gov.my - Cari) tidak berfungsi. Pengadu : Kang Chuen Tat - Pelatih Sukarelawan Pendidikan Kejuruteraan Komuniti.Gerbang Kata sedang mengalami masalah teknikal dan akan segera dibaik pulih. Maaf atas segala kesulitan.Lain-lain16.12.2023
Apakah terjemahan untuk perkataan vigilante atau definisi paling tepat untuk menjelaskanya?Salam sejahtera,


Merujuk kepada soalan tuan, "vigilante" bermaksud anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan. Untuk maklumat tambahan, istilah sasar bagi perkataan "vigilance" pula ialah kewaspadaan yang digunakan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan psikologi. Istilah sasar bagi istilah sumber "vigilance committee" ialah jawatankuasa pengawasan yang selalu digunakan dalam bidang sains politik. Justeru, penggunaan istilah yang tepat dan bersesuaian bergantung kepada konteks ayat.

Terima kasih.
Istilah18.01.2018
12

Kembali ke atas