Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : (sukarélawan) orang lelaki yg melakukan sesuatu dgn sukarela: ~ yg ingin memberikan khidmat mereka kpd golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu; kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dsb) yg berkaitan dgn sukarelawan: semangat ~ sudah mendarah daging dlm dirinya; majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukarelawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU

PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU, pasukan tentera sukarelawan.  Pertumbuhan pasukan tentera sukarelawan bermula di Singapura dengan penubuhan Singapore Volunteer Corps pada tahun 1854.  Di Pulau Pinang, Penang Rifle Corps ditubuhkan pada tahun 1861 dan Malacca Company of The Singapore Volunteer Corps ditubuhkan di Melaka pada 25 Oktober 1901, di bawah perintah Kapten R.N. Bland.  Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pasukan Malay States Volunteer Rifles (MSVR) ditubuhkan pada tahun 1902. Pasukan ini telah dilengkapi dengan dua laras Maxims Gun yang dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew C.M.G.  Enakmen Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikuatkuasakan pada tahun 1913, sekali gus menggantikan Enakmen 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN

PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914.  Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914.  Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN KHIDMAT BAKTI

Pasukan Khidmat Bakti ialah sukarelawan

bebas di seberang laut yang diprogramkan oleh

kerajaan Amerika Syarikat di seberang laut. Lelaki

dan wanita dalam pasukan ini bekerja dengan

penduduk di negara-negara sedang membangun

untuk membantu mereka memperbaiki keadaan

hidup.

UMUM 
RELA

RELA, pertubuhan awam sukarelawan. RELA ialah singkatan Ikatan Relawan Rakayat. RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu), 1964. RELA diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Peranan utamanya adalah sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan serta membantu pasukan keselamatan menentang musuh negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KOMPENI MELAYU

KOMPENI MELAYU, Infantri Sukarelawan Negeri-Negeri Selat. Sebelum pasukan ini ditubuhkan terdapat Singapore Volunteer Rifle Corps yang ditubuhkan pada tahun 1854. Anggotanya terdiri daripada orang Eropah sahaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHAMED NASIR, DATO'

MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977).  Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya.  Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun.  Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
FIRDAUS ABDULLAH

FIRDAUS ABDULLAH  (1944 -         ), penulis. Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat. Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan ‘Malaysian Civics’ kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensayarah di Universiti Malaya.

SASTERATokoh

Kembali ke atas