Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : (sukarélawan) orang lelaki yg melakukan sesuatu dgn sukarela: ~ yg ingin memberikan khidmat mereka kpd golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu; kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dsb) yg berkaitan dgn sukarelawan: semangat ~ sudah mendarah daging dlm dirinya; majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.ré.la.wan] | سوکاريلاون

Definisi : orang (lelaki) yg melakukan sesuatu dgn sukarela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukarelawan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
village health volunteersukarelawan kesihatan kampungKejururawatanTiadaIndividu yang memberikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela di kampung.
All-India Volunteer OrganizationPertubuhan Sukarelawan Seluruh IndiaSejarahTiadaTiada
voluntarismfaham voluntarisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme.
social supportsokongan sosialPerubatanTiadaBakti sukarelawan kepada pesakit bagi menggalakkan kesejahteraan kesihatan.
meteorological observerpemerhati meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKakitangan perkhidmatan meteorologi atau sukarelawan yang diiktiraf oleh perkhidmatan meteorologi, yang membuat dan menyebarkan hasil pencerapan meteorologi.
advanced activities of daily livingaktiviti kehidupan harian lanjutanKejururawatanTiadaAktiviti harian yang lebih kompleks dan dapat memberikan manfaat kepada individu lain. Contohnya, kerja sukarelawan dan aktiviti rekreasi.
KDE (K desktop environment)KDE (persekitaran atas meja K)Teknologi MaklumatTiadaPersekitaran atas meja untuk satu operasi sistem pengendalian seperti UNIX yang dicipta oleh sekumpulan sukarelawan di Eropah.
clinical trialujian klinikalPerubatanFarmakologi

Kajian berbentuk eksperimen secara terkawal yang dijalankan ke atas manusia untuk menilai keberkesanan dan keselamatan sesuatu ubat atau bentuk rawatan. Subjek terdiri daripada sukarelawan yang sihat atau pesakit dan kajian ini memerlukan kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. Terdapat empat fasa dalam kajian klinikal; fasa satu adalah untuk menilai keselamatan dan farmakokinetik ubat, fasa dua menilai dos yang sesuai, fasa tiga menilai efikasi dan fasa empat dilakukan pascapasaran untuk menilai kesan sampingan yang tak terduga.

soup kitchendapur amalPentadbiran PerniagaanTiadaPusat bantuan makanan yang disediakan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Selalunya bantuan ini dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan atau sukarelawan.
bioequivalencebiokesetaraanPerubatanFarmakologi

Keadaan apabila ubat generik menghasilkan ciri farmakokinetik dan farmakodinamik yang setara dengan ubat yang dihasilkan oleh pengeluar asal. Pembuktian biokesetaraan memerlukan kajian farmakokinetik perbandingan antara ubat asal dengan ubat generik yang melibatkan sukarelawan yang sihat. Dua ubat dikatakan mempunyai biokesetaraan apabila kedua-duanya menghasilkan nilai bioketersediaan yang mempunyai perbezaan kurang daripada 20 %. Sinonim bioekuivalens.

12

Kembali ke atas