Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : 1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : ukuran (panjang, luas, dan isipadu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukat1
Kata Terbitan : menyukat, sukatan,

Peribahasa

Janji sampai,
     sukatan penuh.

Bermaksud :

Sudah sampai ajal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKLUMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005 DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005?

Untuk mendapatkan maklumat Huraian Sukatan Pelajaran dan Sukatan Peajaran Bahasa Melayu, anda boleh melayari laman web Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) http://www.ppk.kpm.my/.

HSP dan SP juga ada dijual di Kedai Buku Koperasi DBP Ibu Pejabat.

Lain-lain03.02.2008
di mana saya boleh dapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini ?

Saudara Jong,

Sial hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. saudara boleh juga mengunjungi Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat Bawah, Menara DBP, KL.   

Lain-lain07.01.2010
jurnal kajian sukatan pelajaran bahasa melayu kbsrSdr. Husnaryta, Ingin dimaklumkan Pusat Dokumentasi Melayu DBP tidak menyimpan jurnal yang berkenaan. Oleh itu dicadangkan sdr. menghubungi Pusat Sumber , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di talian 03 8884 2000Lain-lain31.07.2007
adakah sukatan pelajaran komsas 2011 masih sama dengan sukatan 2005? boleh sertakan judul baru komsas sekirannya berlaku perubahan.Sdr boleh menghubungi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Lain-lain24.05.2010
Selamat pagi. Huraian sukatan KSSR Bahasa Malaysia sudah dikeluarkan? Di manakah saya boleh dapatkan huraian sukatan tersebut? Terima kasih.

Sdr dicadangkan menghubungi pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum Kemeneterian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian.

Lain-lain21.10.2010
Saya mohon maklumat tentang bahan cetakan seperti Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk Kurikulum Kebangsaan bagi kategori Sekolah Prasekolah, Sek Kebangsaan dan Sek Menengah. Adakah bahan tersebut boleh didapati dipasaran ketika ini atau dimana boleh kami dapatkan selain di internet. Sekian Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain14.12.2015
Saya ingin tanya, tahun 2012,adakah buku teks untuk pelajar tahun 4 akan tukar sukatan pelajaran yang baru? Pada tahun 2012, mata pelajaran apakah akan tukar sukatan pelajaran untuk sekolah rendah dan sekolah menengah? Harap dapat maklumbalas tuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih

Sdr dicadangkan menghubungi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang Sdr perlukan.

Lain-lain23.02.2011
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaanPerniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi.Makna14.02.2007
Saya ingin tahu adakah Dewan Bahasa & Pustaka mempunyai buku2 teks sekolah rendah untuk rujukan terutamanya buku2 bahasa arab (j-QAF) serta huraian sukatan mata pelajaran bahasa arab untuk sekolah rendah. Jika ada, bilakah masa yang sesuai untuk saya membuat rujukan ?

Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan buku Teks Bahasa Arab KBSR, tahun satu hingga enam.

Bagi kegunaan j-Qaf, buku teks lama masih digunakan tetapi menggunakan sukatan pelajaran berdasarkan j-Qaf, hanya Bahasa Arab Tahun satu kegunaan 2008  buku baharu telah digunakan dan akan disusuli dengan buku-buku seterusnya.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ada dijual dikedai Koperasi DBP Kuala Lumpur.

Sekiranya saudara ingin membuat rujukan mengenai buku-buku tersebut, saudara boleh juga datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Lain-lain31.12.2007
bagaimanakah penggunaan unit sukatan kelajuan dalam ayat ini: "He flew an X-15 at a world record speed of Mach 6.70 in October 1967." Cadangan terjemahan: "Dia/Beliau memandu/menerbangkan X-15 pada rekod kelajuan dunia Mach 6.70 pada bulan Oktober 1967." Saya melakukan carian di Google, dan banyak yang meletakkan 'Mach' sebelum angka. Persoalan saya ialah, di antara 'Mach 6.70' dan '6.70 Mach', yang manakah lebih tepat digunakan?Bentuk yang betul ialah 6.70 Mach.Istilah05.04.2013
1234

Kembali ke atas